Thursday, 14 October 2010

Kenapa Ada Huruf YKK Pada Zip Seluar Anda?


Adakah anda sedar, pada kebanyakan zip seluar kita mempunyai huruf "YKK". Apakah maksud sebenar YKK tu? Stand for 'You Kelam Kabut' ke? Hehe. Sebenarnya YKK adalah
singkatan bagi "Yoshida Kogyo Kabushikikaisha", diambil sempena nama, Tadao Yoshida.


Inilah wajah Tadao Yoshida. Handsome tak die ni? Siapa dia Tadao Yoshida ni? Sampaikan nama dia ada kat semua  zip seluar kita. Pada tahun 1932, tadao Yoshida bekerja untuk kilang yang menghasilkan zip seluar. Entah tiba-tiba masa tu ekonomi gawat, syarikat tempat beliau bekerja pun gulung tikar. Tetapi Yoshida ni bijak dan rajin orangnya, pada tahun 1934 Yoshida menubuhkan sebuah syarikat zip beliau sendiri. Yang sekarang ini dikenali sebagai  YKK yang terletak di Nihonbashi, Jepun. Hari ini YKK mempunyai kilang di 68 buah negara. YKK juga mempunyai kilang zip  terbesar di dunia yang berlokasi di Macon, Georgia, di mana mereka mempunyai 900 pekerja. Syarikat ni bukan saja buat zip, malah membekalkan peralatan untuk membuat zip. Wah, dasyat. Itulah sahaja info yang aku dapat kongsi tentang zip seluar kita. Kalau nak lebih info sila google ya.  Lepas ni, kalau pergi mana-mana jangan lupa zip seluar ye, nanti tersengeh pulak Mr. Yoshida ni. Bye... 

24 comments:

  1. wow hebat la YKK nie..nak cek zip seluar la ada tak perkataan YKK nieh..hehe

    ReplyDelete
  2. nasib baik dia tulis YKK instead of Yoshida Kogyo Kabushikikaisha :p

    ReplyDelete
  3. salam.. aku pun suka pakai zip YKK
    kemas dan tak cepat rosak..

    ReplyDelete
  4. zip ni mmg x lh lawan ngan zip laen,
    zip YKK ni mmg x cepat rosak

    ReplyDelete
  5. waahh entry yang bagus dan menarik. Inilah dia contoh kecekalan dan kerajinan yang patut dicontohi.... :)

    ReplyDelete
  6. Pasni nak check seluar...
    ada tak YKK
    hehehehe

    ReplyDelete
  7. HAHAHA sumpah tak pernah perasan . HAHA

    ReplyDelete
  8. You Kelam Kabut?..haha..

    boleh jadi gak ek..:p

    bagus tul org2 Jepun ni..ade je idea2 inovatif..

    ReplyDelete
  9. sekarang ni YKK kat zip pun dah bayk yang tipu nyer, biasalah bab2 yg glamer ni ramai yang suka copy2...yang penting cek seluar anda dah berzip ke belum...sebelum nak cek YKK tu ori ke tak...hu..hu2

    ReplyDelete
  10. hahaha..just simple thing tpi xpnah nk perasan...

    p/s suar skola rndah wa dlu sllu rosak zip..hangin tul..

    ReplyDelete
  11. Coincident...:)

    http://blog5zal.blogspot.com/2010/09/biasa-tengok-ykk.html

    ReplyDelete
  12. @dunspeak♥ tap seluar2 branded dah jarang gune YKK ni.

    ReplyDelete
  13. @hasrul hassan org jepun mmg bijak dan rajin.. We can see the Quality of it..

    ReplyDelete
  14. @Nurulbadiah Lai haha. actually pakcik pn baru tahu... we share the info ok!

    ReplyDelete
  15. @wannurfazrini tu la pasal, ingat YKK ni bnde ape kan..

    ReplyDelete
  16. @Bintun Sazali org jepun bukan sajer inovatif, tapi rajin giler..

    ReplyDelete
  17. @abah_izz haha, btui2.. kalau pakai YKK pun, klu x zip pun x guna jgk..

    ReplyDelete
  18. @tsaicoutic tranmorphersys petua dari mak saye klu nk elakkan zip rosak, letak lilin..

    ReplyDelete
  19. @Faizal kiter ade minat yg same la.. haha..

    ReplyDelete