Menara Warisan Yang Akan Menjadi Warisan Si Pewaris Warisan

05:20 4 Comments A+ a-

Photobucket
Lakaran Menara Warisan (possible design)

Adakah anda faham, tajuk post pada kali ini. Jika anda kurang faham, jemput baca sampai habis. Perkataan "warisan", saya ulang sehingga tiga kali manakala perkataan "menara" hanya sekali. Menurut kamus wikipedia warisan bermaksud harta peninggalan yang ditinggalkan pewaris kepada ahli waris. Manakala menara bermaksud sebuah struktur buatan manusia yang ketinggiannya mengatasi kelebarannya. Jika kita gabungkan perkataan "menara dan warisan" mungkin
ia akan membawa maksud, sebuah bangunan tinggi yang menyimpan harta peninggalan.


Persoalannya sekarang adakah menara warisan ini akan menjadi warisan  kepada  anak-anak cucu kita yang juga bakal menjadi sebahagian dari warga di negara tercinta ini. Adakah menara warisan akan memberikan impak positif kepada ekonomi dan pembangunan negara?  Di atas kertas mungin ya, malah, Encik PM sendiri (DATUK Seri Najib Razak) menegaskan cadangan membina Menara Warisan di ibu negara, bukan projek pembaziran, sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara. 


Kita tinggalkan dahulu persoalan di atas. Mari kita tinjau suara rakyat Malaysia di Laman sosial kegemaran ramai, Facebook.  
Terdapat Fan Pages bagi mereka yang menyokong pembinaan menara warisan. Pages yang diberi nama "Kami Sokong Menara Warisan" mempunyai seramai 2283 ahli.

Bagi mereka yang membantah cadangan pembinaan menara warisan, terdapat satu Fan pages yang diberi nama "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" yang mempunyai seramai 205510 orang ahli. 

Pie Chart di atas menunjukkan statistic bilangan rakyat Malaysia yang membantah dan menyokong cadangan pembinaan Menara Warisan di laman sosial facebook. Jika statistik di atas merupakan suara sebenar rakyat Malaysia, encik PM harus berfikir kembali tentang Bajet 2011 yang telah dibentangkannya baru-baru ini. Mungkin sebagai seorang pemimpin, beliau telah mengambil teori "Thick Face, Black heart" dalam membuat keputusan, tetapi suara rakyat perlulah di ambil perhatian (walaupun suara rakyat adakalanya salah).

Encik PM juga ada berkata, “Dalam sejarah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang, dia (pembangkang) serang juga, sekarang orang Pulau Pinang minta jambatan kedua... bila Tun Dr Mahathir buat Menara Berkembar pun dipertikaikan, secara rasional pembinaan Menara Warisan sama seperti membina Menara Berkembar Petronas mewujudkan kesan ekonomi kerana melaluinya banyak kerja kontraktor boleh diagihkan.”

Mungkin kita boleh meniru idea Tun Mahathir (che det) membina menara KLCC, tetapi pembinaan menara KLCC adalah  untuk menyuntik semangat rakyat Malaysia. Untuk menyatakan kita, orang Malaysia mempunyai maruahnya sendiri. Kita telah membuktikannya. Siapa sangka, negara membangun seperti Malaysia mampu menandingi menara tertinggi di dunia ketika itu. Tun M, telah membuktikannya. Malah, Menara KLCC sekarang, merupakan tempat pengurusan Bisnes terbesar di negara ini (Petronas). 

Ya, kita boleh meniru, apa yang dilakukan Tun M. Tetapi, adakah kita mampu berhadapan dengan masalah yang bakal mendatang. Sewaktu, pembinaan menara KLCC dahulu,  pelbagai masalah yang dihadapi seperti bajet, masa, keselamatan, (anda boleh rujuk National Geographic "Mega Structure"). Di tambah pula dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu kebelakangan ini.

Kita telah memiliki menara KLCC. Hampir mustahil Menara Warisan akan menewaskan impak keangkuhan Menara KLCC. Era persaingan menara tertinggi  sudah berakhir di negara ini.  Apa yang penting sekarang adalah kita bersaing untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam akhlak, ekonomi dan pendidikan.

Tiada guna menara tinggi jika budi rendah,
Tiada guna menara tinggi jika indeks rasuah tinggi,
Tiada guna menara tinggi jika taraf pendidikan rendah,
Tiada guna menara tinggi jika kes buang bayi tinggi,
Tiada guna menara tinggi jika kemiskinan tinggi.
Tinggi-tinggikan apa yang patut,
Rendah-rendahkan apa yang patut.


Perbahasan Bajet 2011-Menara Warisan Merdeka 100 tingkat


p/s: I don't like politic, because politic is dirty. But I most know about politic because I Love my country.

Ditulis dan diolah berdasarkan sumber:
berita harian

4 comments

Write comments
juMa
AUTHOR
30 October 2010 at 05:21 delete

yup..harap dipertimbngkan sebaik-baiknya.jom singgah blog sy ;)

Reply
avatar
FareedSairi
AUTHOR
1 November 2010 at 20:20 delete

aku sbnrnya tak setuju sgt pasal menara ni...duit yg dilabur tak setimpal dgn keuntungan terhadap rakyat...tu ada kata...yg kaya semakin kaya raya.yg miskin jd papa kedana

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
2 November 2010 at 07:22 delete

betul3!
ana pun x suke politik tp HARUS ambil tahu demi masa depan yg lebih terjamin...
jgn biarkan yg di bawah terus dipijak dan di henyak golongan yg kononnya elit dan cendiakawan..

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
11 November 2010 at 10:32 delete

Kempen Bantah Menara Warisan 100 Tingkat Cecah 204000 Orang
Oleh Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 30 Okt - Cadangan Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.

Laman sosial facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' dilancarkan sejak 2 minggu lepas mendapat sambutan hangat selepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan kos pembinaan menelan kos sebanyak RM5 bilion.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di dalam twitternya membidas tindakan 'cybertrooper' MCA yang memperlekehkan sokongan rakyat bertali arus membantah pembinaan menara 100 tingkat tersebut.

"Sungguh memalukan! MCA melalui cybertrooper sanggup memperkecil-kecilkan sokongan rakyat yang sudah melebihi 200,000 orang terhadap kempen di laman sosial Facebook "NoMegaTower" di mana sepatutnya Menteri dan pemimpin MCA sepatutnya menyuarakan pendapat mereka," ujar beliau.
Kit Siang turut menegaskan supaya Najib memberikan respon segera terhadap 8.7 juta pengguna laman facebook di Malaysia yang terdiri dari 38% kumpulan umur lingkungan daripada 18-24 tahun dan 33% kumpulan umur lingkungan daripada 25-34 tahun.

Setakat pukul 12 tengahari, seramai 203,922 orang telah memberikan sokongan kepada kempen tersebut.

Sebelum itu, Najib berkata Menara Warisan 100 tingkat bakal disiapkan menjelang tahun 2020 dengan kos sebanyak RM5 bilion dengan menggunakan dana daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Reply
avatar