Sex.com domain termahal dunia

19:35 2 Comments A+ a-

NEW YORK: Apa juga perkara mengenai seks biasanya laris dan terbukti selepas nama domain Sex.com masih menjadi domain termahal dunia selepas dijual pada harga AS$13 juta (RM41.6 juta). 

Berdasarkan dokumen mahkamah difailkan minggu ini, pemilik domain Sex.com sebelum ini yang bankrap, Escom LLC, menamakan Clover Holdings Ltd sebagai pemilik terbaru domain itu.

Escom dilaporkan membeli doman itu pada harga AS$14 juta (RM44.8 juta) pada 2006. Persetujuan urus niaga itu akan diputuskan oleh hakim pada 27 Oktober depan.

Seorang pakar mengenai nama domain dari firma Sedo.com berkata, nama domain Sex.com adalah harga nama paling mahal dijual. – Reuters 

source: Berita Harian