Gempa Bumi Gegar Laut Banda, Volcano Islands

00:05 3 Comments A+ a-

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Irian Jaya, Indonesia, 645 kilometer (km) tenggara Ambon, Indonesia dan 2,035km tenggara Tawau, Sabah, pada awal pagi ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 1.10 pagi itu berpusat di 5.0 darjah selatan dan 133.9 darjah timur.Sementara itu, tiga gempa bumi sederhana yang setiap satu berukuran 5.3 pada skala Richter, dilaporkan iaitu dua di Laut Banda, Indonesia dan satu di Volcano Islands, Jepun hari ini.
Gempa bumi pertama menggegarkan Laut Banda pada 3.06 pagi di lokasi 431km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,89 tenggara Tawau manakala, yang kedua pada 4.08 pagi di 473km tenggara Makassar, Indonesia, dan 1,332km tenggara Sarikei, Sarawak. 

Gempa bumi di Volcano Islands, Jepun berlaku di kedudukan 1,287km tenggara Tokyo, Jepun dan 3,206km timur laut Sandakan, Sabah, 

Gegaran gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA 

3 comments

Write comments
Radin87
AUTHOR
17 November 2010 at 05:57 delete

sbb indonesia mmg berada dalam lingkaran gunung berapi. kita pun ada gunung berapi sbnrnya. cuma tak la sebesar kat Indonesia. Kita pun jauh dari kawasan gempa besar. Kat Malaysia ni gempa pun kecik2 jer.

Sebab tu kena la banyak2 bersyukur.

Reply
avatar