Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat

06:37 3 Comments A+ a-

SEJUMLAH jemaah berjalan dalam hujan di Mina pada malam kelmarin.

MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.
"Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.
Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.
Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.
Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.
Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.
Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.
Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.
Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.
Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.
Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. - Agensi
source: kosmoonline

3 comments

Write comments
Nur Misnan
AUTHOR
19 November 2010 at 07:53 delete

salam dugaan kepada jemaah HAJI
insyaAllah.. segala apa yg berlaku
ada indahnya...

semoga semua Jemaah HAJI
mendapa HAJI yang MABRUR dari Allah SWT..
AMIN

Reply
avatar
20 November 2010 at 06:05 delete

dugaan..:)

moga2 segala2nya lancar..

teringin nk g haji..
amin

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
21 November 2010 at 01:48 delete

smoga segalanya berjalan lancar di sana...

wah bila la bole g sana ni...

Reply
avatar