Basikal Torpedo

07:41 2 Comments A+ a-

IAN FARDOE duduk di dalam 'basikal torpedo' ciptaannya
WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam. Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.
Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi namavelomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands. "Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi

2 comments

Write comments
Zaiya
AUTHOR
20 January 2011 at 08:17 delete

nak jugak la... boleh sampai kampus macam ikut pintu doraemon..

Reply
avatar
chiLleD...!!
AUTHOR
20 January 2011 at 17:44 delete

bgus law digunakan di malaysia..bkn shja xmggnakan petrol, bolh gak mngelakkn pencemaran alam sekitar..he

Reply
avatar