Pokok Betik

19:37 1 Comments A+ a-

Pokok betik mudah tumbuh di halaman rumah

Nama biasa                 Betik, kepaya
Nama botani               Carica papaya L.
Famili                          Caricaceae

Habitat dan Taburan
Betik berasal dari Amerika Tengah tetapi kini telah tersebar hampir kesemua kawa­san tropika dan subtropika. Di Semenan­jung Malaysia, betik ditanam di sekitar rumah dan juga ditahap komersil.
Ciri Morfologi
Pokok betik jenis herba dikotiledon, tingginya hanya 8-10 m. Dari segi pembiakan terdapat tiga jenis pokok betik, iaitu pokok betina yang mengeluarkan bunga betina, pokok jantan yang mengeluarkan hanya bunga jantan dan pokok hermafro-dit yang mempunyai bunga hermafrodit dan bunga jantan. Bunga jantan pada pokok jantan terdapat pada jambak yang

bertangkai panjang biasanya tidak mem-bentuk buah. Bunga betina terdapat tung ngal atau pada jambak sima mengandungi 2-3 kuntum bunga. Buah betik ia\ah jenis beri lembut dan bernabu, berbentuk bulat, bujur panjang atau seperti buah pir.
Khasiat/Kegunaan
Makanan
Buah betik yang masak manis rasanya dan dimakan segar. Buah ini boleh juga dibuat jus. Kandungan vitamin A dan C pada buah betik adalah tinggi. Buah yang matang boleh dibuat gulai lemak setelah dicelur terlebih dahulu, dimasak tumis air, Ian masak taucu bersama ikan bilis. Buah matang atau mengkal boleh dibuat halwa, dan jeruk. Betik juga digunakan dalam pembuatan sos cili betik yang kian popu­lar masa kini. Pucuk betik yang direbus bersama pucuk jambu batu untuk menghilangkan sedikit rasa pahit, boleh dimakan dengan sambal belacan dan sambal tumis. Rasa­nya pahit sedikit tetapi menyelerakan. Bunga jantan dicelur, dibuat kerabu dan dimakan dengan nasi.
Perubatan
Betik digunakan untuk mengubat penyakit ulser dan dipteria. Buah betik yang masak juga boleh mengelakkan daripada penyakit sembelit.
Kegunaan Lain
Betik digunakan dalam pengeluaran papain, iaitu enzim proteolitik untuk  melembutkan daging. Pucuk betik rasanya agak pahit tetapi sedap dibuat kerabu atau urap. Betik mengkal atau muda sedap digoreng taucu, dimasak lemak  atau sayur bening.



source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002