Tahi Bintang Melintas di Amerika Syarikat

16:19 3 Comments A+ a-

GAMBAR yang disiarkan laman TheWeatherSpace.com menunjukkan objek misteri dipercayai tahi bintang yang dilihat dari Arkansas, Amerika Syarikat pada Selasa lalu
MIAMI - Satu objek misteri melintasi tujuh buah negeri di Amerika Syarikat pada malam Selasa lalu lapor sebuah akhbar semalam. Pihak berkuasa berkata, cahaya misteri yang dipercayai tahi bintang itu dapat dilihat dari negeri Oklahoma hingga ke Florida. Beberapa laporan menyatakan terdapat warna hijau pada objek itu yang dipercayai tembaga.
Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima berdozen-dozen panggilan berhubung objek itu di langit. Pengarah Pengurusan Kecemasan di Daerah Copiah, Randle Drane menyatakan beberapa orang melihat cahaya itu dan mendengar satu bunyi kuat telah bertindak menghubungi pihak berkuasa. "Sebuah jabatan bomba sukarela melakukan gerakan mencari (objek itu) tetapi gagal membuat sebarang penemuan," katanya. Cahaya misteri yang kelihatan seperti bebola api itu dapat dilihat di Greenwood, Jonesboro, Jackson, Mississippi, Biloxi, dan Florida. - Agensi

source: kosmoonline

3 comments

Write comments
Nur Misnan
AUTHOR
14 January 2011 at 00:14 delete

MasyaAllah.. tahi bintang jatuh
kebesaran Allah SWT..
peringatan untuk aku supaya
bersedia utk akhirat nanti...

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
14 January 2011 at 17:26 delete

teringin nak lihat shooting star..
ciptaan Allah sgt indah n penuh pngajaran kan:)

Reply
avatar
pian
AUTHOR
24 July 2012 at 07:23 delete

alhamdulillah saya diberi peluang oleh ALLAH swt untuk melihat tahi bintang seperti gambaran diatas..amat menakjubkan kekuasaan ALLAH swt.MasyaALLAH..

Reply
avatar