Teori Konspirasi VS Teori Serangan UFO

05:50 0 Comments A+ a-


MISTERI kematian hampir 5,000 burung hitam sayap merah belum dapat dirungkai

DI Arkansas, ikan yang mati adalah daripada spesies drumfish sahaja. Peliknya ikan spesies lain yang ada di sungai sama tidak terjejas
BANGKAI burung hitam yang menghujani kawasan kejiranan Louisiana mendatangkan panik kepada penduduk setempat

Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain? Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut. Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet. Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico. Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam. Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'. Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca. Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.

source: kosmoonline