Kemudahan Dan Fasiliti di Hentian Puduraya

18:19 1 Comments A+ a-


Pastinya ramai yang menantikan bila hentian puduraya akan dibuka semula. Hentian Bas Puduraya yang operasinya bermula secara rasmi hari ini selepas hampir 14 bulan ditutup menampilkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai. Kini tiada lagi asap bas yang menyesakkan nafas dan bahang yang memerah peluh.
Hentian itu kini dilengkapi sistem pendingin hawa di setiap lokasi, surau yang lebih besar serta menampilkan persekitaran yang lebih ceria. Kemudahan lain ialah ialah bilangan kerusi dan tandas yang lebih banyak, kemudahan lif, eskalator serta skrin paparan maklumat di kesemua bangunan empat tingkat itu bagaikan balai berlepas di lapangan terbang.
Selain itu, pelbagai kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) juga disediakan. Berdasarkan Laporan Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Penambahbaikan Hentian Puduraya oleh Uda Holdings Berhad, Hentian Puduraya menyediakan sebanyak 1,914 buah kerusi dan 20 buah platform bas.
Ia turut dilengkapi sebanyak 87 unit tandas termasuk yang dibina khusus untuk OKU selain kemudahan lif dan eskalator bagi memudahkan pergerakan orang ramai. Dua pusat kaunter maklumat dan sebanyak 22 skrin paparan maklumat di beberapa lokasi strategik juga disediakan. Bagi memastikannya mesra pengguna, bangunan itu turut menyediakan kemudahan untuk menukar lampin bayi, surau yang boleh menunaikan solat Jumaat serta ruangan khas untuk perokok
source: kosmo

1 comments:

Write comments
Nur Misnan
AUTHOR
15 April 2011 at 22:43 delete

wahhhh rafhan..
cantik rumah.. bila cat? hu3.. i like

oh yes.. hari ini pembukaan pudu bas
memang cantik dan selesa... i like2

Reply
avatar