Peserta Imam Muda Musim Ke-2

17:34 1 Comments A+ a-

Berikut disenaraikan biodata ringkas peserta imam muda musim ke-dua terbitan Astro Oasis

IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Bergelar seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock. IM Ali adalah anak ke 13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. IM Ali juga seorang pelukis kartun dan 'hair stylist' lelaki 


  
 IM Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. IM Amar masih bergelar seorang mahasiswa. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. IM Amar suka bermain video. IM Amar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorang yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada.


 Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Biaraun masih muda, anak jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'. Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.


IM Fadli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. IM Fadli merupakan satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu IM Fadli suka menonton TV.


IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. IM Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. IM Fakhrul suka memancing dan menonton filem. IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.


IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.


IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. IM Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang IM Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata IM Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.


 IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati kota metropolitan. IM Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih lagi menuntut.


 IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. IM Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat agama ayahnya seorang Guru Taranum.


IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.


source: facebook IM2
p/s: Kapsul Imam Muda 2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam).

1 comments:

Write comments
23 April 2011 at 17:49 delete

muke2 semua layak jadi imam. ehem, boleh cari bakal2 suami. :P

Reply
avatar