Telur Ayam Tiruan

23:37 2 Comments A+ a-

Nampak  seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya. Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

source:kosmo

2 comments

Write comments
jackieKOH
AUTHOR
7 April 2011 at 08:27 delete

gilaaa.. naseb bek aku x selalu beli telur..haha..
pandai2 je dorang wat camtu..ish2

Blog Aku : ..::jacKsky.reaCHing da' sKy wITh tSuBasA::..

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
7 April 2011 at 13:50 delete

eee bahayanyeee..cuak lak nk beli telur..cmne nak buat kueh n kek kalo xde telur?aigoooo

Reply
avatar