Khasiat Daun Pegaga

23:27 1 Comments A+ a-


Nama biasa              Pegaga, pengaga
Nama botani            Hydrocotyle asiatica L.
Famili                      Apiaceae (Umbellife-rae)

Habitat dan Taburan
Pegaga terdapat di seluruh kawasan tropika. Tumbuhan ini mudah ditemui hidup liar bercampur dengan rumput lain di ladang atau kebun di kawasan tanah ren-dah seluruh Semenanjung Malaysia. Pegaga kadang-kadang ditanam untuk dijual.
Pegaga Mempunyai Banyak Khasiat Dalam Perubatan

Ciri Morfologi
Tumbuhan jenis herba bersaiz kecil ini merayap dengan batang rayap yang ber akar. Daunnya hampir bulat dan bernabu. Tepi daun bergerigi, sama ada dempak atau tajam bergantung kepada jenis. Daun-daun pegaga berbau harum dan unik. Tangkai daun panjang dan bertemu di pangkal dan membentuk roset. Bunga terdapat pada jambak kecil dan bertangkai pendek. Buah berbentuk kapsul bulat yang kecil dan terbahagi kepada dua bahagian oleh lekukan di tengah-tengah.
Khasiat / Kegunaan
Makanan
Daun pegaga sedap dibuat ulam, iaitu dimakan bersama-sama sambal belacan. Selain itu, daun pegaga boleh dimasak gulai lemak dicampur keledek atau dima­sak lemak cili api bersama ikan, atau dibuat urap atau kerabu mentah, bercam­pur kelapa dan udang kering. Rasanya pahit-pahit manis dan baunya membuka selera.
Perubatan
Pegaga dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana khasiatnya tinggi, ramai orang mula meminati jus daun pegaga. Daun pegaga juga digu-nakan sebagai ubat sapu untuk menurunkan panas badan atau demam. Selain itu, campuran daun pegaga dan daun-daun lain digunakan untuk penyakit lelah, reumatisme, dan kencing berdarah.
Pembiakan
Pegaga   membiak   secara   semula   jadi dengan akar jalar dan juga benih. Daun pegaga amat berkhasiat sebagai ubat-ubatan. Selain daripada dimakan segar, daun pegaga juga dibuat jus.

source:

Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002

1 comments:

Write comments
qamarguyz
AUTHOR
23 August 2011 at 02:42 delete

Salam br0..
lama tak nampak..
bz sgt yer? huhu

Nyway sy nak minta jasa baik & sokongan br0 sikit boleh? Lawati link di bawah & vote di bahagian poll & comment (cari responses ke-36) untuk laman qamarguyz.blogspot.com - Aksara Cinta Ilahi.. ‘Tinta hamba..menuju Yang Esa’..thanz yer =)

http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

Reply
avatar