Hukum Hudud Di Brunei

08:52 2 Comments A+ a-

Tajuk Utama Akhbar The Brunei Times

Sultan Brunei telah bertitah untuk mengadakan satu akta yang akan mengikuti undang-undang yang telah digariskan di dalam Islam. Dalam erti kata lain, Brunei akan melaksanakan undang-undang Islam, khususnya melalui penubuhan Akta Jenayah Islam.  Sultan Brunei juga menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Isu mengenai undang-undang Islam termasuk Hudud mendapat pelbagai maklumbalas dari banyak pihak. Ada pihak yang menentang ianya diaplikasikan di negara kita dan tidak kurang juga yang bersetuju undang-undang Islam tersebut dilaksanakan. Setelah sekian lama isu mengenai Hukum Hudud ini dibangkitkan dan menjadi perbualan ramai, kini Brunei memberi respon terhadap undang-undang Islam yang bakal diimplikasikan secara menyeluruh.



Video Di Youtube titah Sultan Brunei mengenai Undang-undang Islam dikuatkuasakan di Brunei

"Siapalah kita di hadapan Allah (SWT), untuk mengatakan ‘tidak atau tunggu’; sedangkan undang-undang (Islam)  bukan baru sahaja digubal, tetapi telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun dan lebih lagi. ” - Sultan Brunei-

source: akupenglipurlara

2 comments

Write comments
Kazen
AUTHOR
14 October 2011 at 11:36 delete

tu die kan dh tkena balik kat kite.....Siapa kita untuk tunggu dan lihat....siapa kita???

Reply
avatar
tieha ismail
AUTHOR
15 October 2011 at 00:42 delete

hurmmmm perlu jadikan teladan...siapa kite ...betol x

Reply
avatar