Taylor Swift Derma Buku Kepada Perpustakaan Tempatan

18:36 0 Comments A+ a-


PENNSYLVANIA - Penyanyi country terkenal, Taylor Swift (gambar) mahu kanak-kanak di bandar Reading di sini gemar membaca buku. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menderma sebanyak 6,000 buah buku kepada perpustakaan tempatan.
Pustakawan mengumumkan sumbangan buku daripada penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu kelmarin. Swift yang dibesarkan di bandar berdekatan iaitu Wyomissing bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Dia telah bekerjasama dengan penerbit Scholastic Inc. untuk menderma buku kepada kanak-kanak dan golongan dewasa. Tajuk-tajuk buku dipilih oleh pustakawan.
Wakil penyanyi itu memberitahu pegawai perpustakaan bahawa Swift mahu membantu perpustakaan yang berdepan masalah ekonomi. Menurut pustakawan, buku yang diderma oleh Swift akan ditanda dengan bintang berwarna putih di bahagian belakang dan diletakkan pelekat di dalamnya. Mereka berharap populariti Swift akan mendorong lebih ramai kanak-kanak dan remaja supaya minat membaca. 
source:kosmo