Penalti Mendebarkan Daripada Baddrol Bakhtiar

08:59 0 Comments A+ a-


Syabas Pasukan Bawah 23 tahun Malaysia yang berjaya muncul juara Bola Sepak Sukan Sea sebentar tadi. Perlawanan penuh dramatik itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 hingga tamat waktu tambahan.

Risau jugak aku bila tengok Fakri Saarani gagal jaringkan salah satu sepakan penalti. Nasib baik Khairul fahmi Che mat save satu sepakan penalti indonesia. Apek memang terbaik (aku x layan kisah peribadi dia).

Yang paling best bila tengok jaringan penalti kencang Baddrol Bakhtiar yang bergolek masuk ke dalam pintu goal indonesia walaupun berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia. Cayalah Baddrol. Keeper Indonesia hanya mampu tengok je bola tu masuk dalam gawang, memang mendebarkan.

Menang acara bola sepak sukan sea sebenarnya memberikan satu impak psikologi yang besar sebenarnya. Ramai orang kata, kalau x jadi juara kesuluruhan sukan sea tidak mengapa asal kan menang Bola Sepak. Sebab menang pingat emas sukan sea bola sepak macam jadi juara kesuluruhan. Tak guna jadi juara kesuluruhan tapi kalah bola sepak.

Apa-apa pun syabas untuk pasukan Malaysia yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan sangat sporting ketika  bermain (Walaupun dapat layanan yang sangat buruk dari tuan rumah Indonesia). Semoga terus berjaya di pusingan kelayakan olimpik selepas ini..


Barisan pemain final bola sepak sukan sea:

Indonesia
: Kurnia Mega; Gunawan Dwi Cahyo, Abdul Rahman, Hasim Kipuw, Diego Michels, Mahardiga Lasut (Hendro Siswanto), Egi Melgiansyah, Octovianus Maniani, Andik Vermansyah (Ferdinand Sinaga), Patrich Wanggai, Titus Bonai.

Subtitution: Andritany Ardhiyasa, Hendro Siswanto, Lucas Mandowen, Hasim Kipuw, Yongky Aribowo, Seftia Hadi, Yericho Cristiantoko, Ramdani Lestaluhu, Ferdinand Sinaga

Malaysia: Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, G kandasamy Gurusamy (Mansor Muhd Nazmi Faiz), Ahmad Mohomad Muslim, Bakhtiar Baddrol, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ambumamme Thamil Arasu, Saarani Ahmad Fakri



Subtitution: MOhd Azmi Mohd Zubir, Jusoh Abdul Shukur, Othman Mohamd Fandi, Roslan Mohd Izham Tarmizi, Yong Kuong Yong, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris