Biodata Nabi Muhammad S.A.W

02:46 3 Comments A+ a-


Sebentar sahaja lagi , umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.  Professor Hans Kung, seorang penulis buku bukan Islam dalam satu wawancara sangat mengagumi nabi Muhammad S.A.W. Beliau berpendapat, baginda adalah orang yang bertanggungjawab menyatukan seluruh tanah arab. Beliau menyarankan agar orang Islam, sepatutnya menjadi promoter yang baik untuk Nabi Muhammad agar agama Islam dikenali dan diterima baik di Eropah. Untuk menjadi promoter yang baik, sikap dan akhlak Rasulullah s.a.w haruslah dicontohi oleh umat Islam pada abad ke-21 ini agar ia dapat diteladani oleh orang bukan Islam.

Biodata Nabi Muhammad S.A.W  [source]
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Rasulullah SAW wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Kepada umat Islam, saya ingin mengucapkan selamat  menyambut Maulidur Rasul. Sama-samalah kita memperbaiki diri  dan mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua dirahmati Allah, Insyaallah...

3 comments

Write comments
Niza Romli
AUTHOR
4 February 2012 at 03:31 delete

Salam maulidur rasul..

Reply
avatar
mohamadSaleh
AUTHOR
21 February 2012 at 06:21 delete

semoga kita sentiasa mencintai Nabi dan mengamalkan sunnahnya...

Reply
avatar
mohamadSaleh
AUTHOR
21 February 2012 at 06:21 delete

semoga terus kekal mengamalkan sunnah nabi.

Reply
avatar