Valentines Day dan Kondom

20:00 1 Comments A+ a-


Salam Guys. 14 Febuari datang lagi. Ada apa dengan 14 Febuari? Menurut sumber, 14 Febuari adalah hari di mana penjualan kondom Durex meningkat sehingga 25% . Alat penguji kehamilan (Pregnancy Test) juga akan turut mencatat penjualan tertinggi pada Bulan Mac selepas 14 febuari. 14 Febuari, seperti yang sudah mula dipromosikan di iklan-iklan televisyen di Malaysia (sebuah negara di mana konsep 1 Malaysia di amalkan) sebenarnya adalah hari valentines day atau juga disebut sebagai hari memperingati kekasih. Hari istimewa yang menjadi kegemaran pasangan muda-mudi yang sedang hangit  bercinta. Yang lebih memalukan, hari Valentines day disambut secara “terlebih over” oleh  remaja Melayu Islam di Malaysia.

Salahke Orang Islam sambut Valentines ni? Entah, aku bukan mufti. Pergi la tanya ustaz. Review balik fatwa yang dah dikeluarkan oleh majlis mufti ke. Malaslah nak membebel panjang2. Korangkan da besar panjang. Aku just nak story-mory pasal sejarah Valentines Day yang pernah aku dengar. Sebab ramai yang sambut valentines day tanpa mengetahui asal-usul sejarah valentines day..

Kalau korang search kat internet, ada banyak version tentang sejarah valentines day ni. Aku ceritakan satu version je, sebab aku pernah dengar version yang ni dalam satu tazkirah  dua tahun lepas.

Hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine (Valentino) dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Ketika itu, pemuda-pemuda di Rom sibuk bercinta dan berkasih-sayang. Keaadaan ini menyebabkan kurangnya anak muda menyertai pasukan tentera Rom. Pemimpin Rom ketika itu berpendapat hubungan cinta (lelaki & perempuan) perlu disekat bagi menguatkan kembali angkatan tentera Rom yang kian lemah. Perkahwinan telah dilarang ketika itu. St. Valentine menentang ketetapan raja untuk mewajibkan setiap rakyat memasuki tentera malah telah menikahkan pasangan muda-mudi secara rahsia. Akhirnya Valentino telah ditangkap dan dipenjarakan. Raja Romawi, Claudius II (265-270) mengarahkan agar Valentino  dijatuhi hukuman mati. Valentino dihukum mati pada 14 Februari 269 Masihi. Bagi mengenang jasa paderi ini, 14 febuari dijadikan sebagai hari memperingati kekasih (Valentine day) sehingga ke hari ini...

p/s: dimanakah kita? tepuk dada tanyalah Iman... 

1 comments:

Write comments
fRaMe+LenSeS
AUTHOR
12 February 2012 at 02:45 delete

tarikh Rasulullah lahir tak plak la yang nak menyambutnya. kafir laknatullah ni y di sokongnya.

doakan kaum masyarakat kita sedar hal ini dan bertaubat. amin2.

Reply
avatar