Pelakon Asal Batman, Adam West Diberi Penghargaan

20:30 0 Comments A+ a-


Adam West di Walk f Fame
HOLLYWOOD - Aktor pertama yang melakonkan watak asal Batman, Adam West menjadi selebriti terbaharu menerima penghargaan di Walk of Fame di sini kelmarin. Dia yang berusia 83 tahun menerima plak pengiktirafan tersebut selepas menunggu terlalu lama untuk dihargai di laluan nama-nama selebriti terkenal itu.
Kerjayanya sebagai pelakon berlanjutan selama 50 tahun, bermula dengan filem The Young Philadelphians pada tahun 1959.Bagaimanapun, dia mencapai kemasyhuran apabila memegang watak Batman pada tahun 1965 menerusi siri televisyen.
"Saya menganggap mempunyai rekod sebagai aktor paling lama menanti untuk memperoleh (pengiktirafan) bintang di laluan ini (Walk of Fame)," katanya. Menurutnya, dia memegang watak Batman lebih 170 kali. - Agensi
source: kosmoonline