Only Engineering Student Can Understand The Value Of Last Minutes Performances

09:51 5 Comments A+ a-


Salam guys. Gambar di atas adalah merupakan final projek aku yang bertajuk "Flyback Converter For Battery Charging Application". Kenapa aku excited sangat nak tulis pasal final project aku dalam blog aku ni? Sebab, untuk pengetahuan korang, final project ni macam nyawa bagi seorang pelajar kejuruteraan. Boleh dikatakan macam maruah diri jugak la. Ok, di UMP, Projek akhir diletakkan dalam tahun akhir, dimana Projek Sarjana Muda 1 (PSM1)  pada Tahun akhir Semester 1, dan Projek Sarjana Muda 2 (PSM2)  pada Tahun Akhir Semester 2. 

Sejak PSM 1, memang jadual hidup terus berubah. Asyik tidur lewat je, buat research. Untuk pengetahuan korang, PSM 1 merupakan proposal projek pelajar yang akan dibentangkan kepada panel, manakala PSM2 merupakan pelaksanaan projek berdasarkan proposal yang telah dibentangkan pada PSM1. Sewaktu, PSM 1, aku deserve B- je. Memang aku down waktu tu. teruk jugak proposal aku kena bantai dengan panel waktu tu. Panel x yakin dengan kemampuan aku untuk buat projek yang dikatakan mustahil tu.

Ok, bermula semester berikutnya, PSM 2 bermula. Hardware cuba disiapkan. Macam-macam masalah menimpa. Final Project menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku sejak menjadi mahasiswa. Apakan daya, apabila Supervisor Project sendiri tidak faham dengan projek yang dicadangkan kepada anak buahnya. Aku dah tak tau nak rujuk kat siapa. Aku ambil keputusan jumpa Supervisor orang lain. Aku mintak pendapat Dr. Hamdan, Dr. Abu Zaharin dan En Shafie. Mereka memberikan teori masing2. Seperti yang diketahui umum, " Practical Is not The Same With Theory". Plan A yang dirancang sekian lama gagal lagi. Sedangkan masa hanya tinggal lagi  3 minggu.

3 minggu? Saat sangat genting. Dengan facality yang serba kekurangan. Agak mustahil untuk menyiapkan litar dalam masa 3 minggu beserta thesis yang lengkap. Tekanan semakin kuat. Aku dah mula give up. Usaha yang dimulakan sejak sekian lama bagaikan terkubur di tengah jalan. Ketika aku dalam keadaan sangat down, rakan aku Mr. Fakhruddin, memberikan kata-kata perangsang, "Raf, ko jangan risau raf, ko tukar litar yang baru, guna komponen yang baru,insyaallah sempat belum terlambat lagi". Kata2 tersebut yang menjadi turning point untuk aku terus berusaha tanpa berputus asa.

Plan B bermula. 3 Minggu yang sangat mencabar dan mencemaskan.  Supervisor aku sendiri ragu2 dengan kemampuan aku untuk menyiapkan litar baru dalam tempoh 3 minggu sebelum presentation.Pengubahsuaian litar yang baru dilakukan. Komponen yang baru diorder dari luar negara. Mujurlah servis penghantaran dari Element 14, agak pantas. Seperti biasa, masalah datang menimpa walaupun pada saat2 akhir. Machine LPKF untuk membuat PCB surface mount  di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan pula rosak. Dan sekali lagi, aku rasa down. Kali ni memang aku rasa hampir mustahil untuk projek disiapkan, sebab machine ambil masa yang lama untuk dibaiki. Sedangkan masa tinggal lagi seminggu sebelum presentation.  Aku dah rasa macam nak kene extend. Rasa macam nak telefon mak aku kat kampung waktu tu, nak bagi tahu yang aku tak boleh grad awal.

Tiba-tiba keajaiban berlaku. Supervisor aku  yang memang dikenali sebagai seorang yang suka melarikan diri, datang memberikan pertolongan. Dia melakukan temujanji dengan lab assistant di fakulti kejuruteraan elektrik untuk  menggunakan machine "spare" LPKF yang memang jarang2 sekali digunakan. At last,  final projek berjaya disiapkan. Sebab tu aku kata, "Only Engineering Student Can Understand The Value Of Last Minutes Performances"

Ok, sebelum presentation PSM2, memang hati aku sangat berdebar. takut kena bantai dengan panel macam presentatation PSM1 dulu. Tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Malah apa yang membuatkan aku rasa berbaloi, apabila projek aku mendapat komen positif seorang professor dari Iraq

Profesor Madya Dr. Ahmed N.Abd. Alla

Inilah salah seorang panel penilai aku waktu presentation PSM 2 hari tu. Thank you la Prof, sebab bagi full mark. Dan, kesudahan yang gembira, apabila result PSM2 dikeluarkan. I'm deserve for A, Alhamdulillah, syukur. Ya, aku sudah berusaha, tapi aku rasa, nasib yang baik juga banyak membantu dalam final projek aku pada kali ini.

Aku nak ambill kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mak aku yang tak henti2 berdoa untuk kejayaan anaknya, juga rakan2 seperjuangan, fakhruddin, shahir, luq, am, wong, bai,farhan,kamarudin, maran, yusri, akim dan nama yang tidak sempat disebutkan disini kerana telah banyak menyumbang idea dan tenaga  sepanjang pelaksanaan PSM 2 ini. I Love u All..

i'm proud to be engineer........

5 comments

Write comments
diLot
AUTHOR
2 July 2012 at 17:37 delete

Engineer mmg takkan berjaya buat kerja start awal2.. we need pressure.. at the very last minute tu lah yg sgt2 berharga.. :)

Reply
avatar
irsah
AUTHOR
2 July 2012 at 19:55 delete

Salam. BW. Actually only, CREATIVE people yang boleh understand the values. Especially the TECHNICAL driven ones. Either engineers nor artiste, comes to pressure and last minute work, ideas keep pouring in. Itu kelebihan yang membezakan dengan kerjaya yang lain. Kongsikan pendapat. What say U?

Reply
avatar
2 July 2012 at 20:34 delete

AGREE MUCH WITH THE COMMENT diLOt!! hahaaha work at the '11th hour' adalah me and friends! tak reti aku nak kerja awal awal minit untuk stiap projek -,-

Reply
avatar
Mah@Mahu
AUTHOR
2 July 2012 at 23:30 delete

Wah budak engineer ker best nyer nanti mesti gaji masuk hehehehe.. apa pun this week akan pergi UMP pekan ada project kat sana jumpa sana ok...

Reply
avatar
9 August 2012 at 23:27 delete

you deserve A. Tahniah. Allah suka orang yag berusaha. Walaupun terlambat baca entry ni.hihi. i can fell it, because all engineering students are same.hihi

Reply
avatar