Ahli Kumpulan Al-Mawleed

09:07 0 Comments A+ a-

al mawleed, nasyid

Kumpulan Al-Mawleed merupakan sebuah kumpulan penyanyi lagi-lagu nasyid. Sering muncul dan dikenali melalui di TV al-Hijrah melalui Konsert Selawat yang semakin mendapat sambutan positif dari anak muda. Al-Mawleed dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo.
Ahli kumpulan Al-Mawleed terdiri daripada:
  • Saiful Amir bin Abdul Wahab (Pot Innuendo)
  • Ahmad Tajuddin Bin Mohamed Tahir (Taj Innuendo)
  • Abdullah bin Ahmad (Lah VE)
  • Zafri bin Nazarudin (Zaf VE)
  • Azan Addin bin Abdul Wahab (Azan Ruffedge)
  • Syed Mohammad bin Syed Abdullah (Mode Ruffedge)
  • Amer Munawer bin Yusoff (Amer Ruffedge)