Cara Buat E-Filing LHDN

23:27 0 Comments A+ a-

GST, Cukai

Salam, korang pernah bayar cukai pada LHDN? Tahukah anda, mulai tahun 2013, setiap warganegara Malaysia yang berpendapatan tahunan RM 30667 dan ke atas (Selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Terdapat dua cara untuk anda boleh declare pendapatan anda pada lembaga hasil dalam negeri.  Cara pertama adalah menggunakan sistem Online atau lebih dikenali sebagai E-Filing dan cara ke-dua adalah menggunakan manual (pergi terus ke pejabat lembaga hasil dalam negeri yang berdekatan). So pada kali ini, aku nak cerita cara online lah. Untuk pengguna yang baru kali pertama mendaftar untuk menggunakan sistem online, anda perlu mendapatkan nombor pin E-Filing terlebih dahulu di Pejabat LHDN berhampiran. Untuk memudahkan urusan ini, anda dinasihatkan membawa EA Form sebagai rujukan. (EA Form, adalah penyata gaji pekerja swasta yang anda boleh ambil dari majikan anda). Ok, semalam baru pergi ambil No Pin di LHDN Jalan Reko, Kajang. Dia akan bagi satu slip no pin beserta arahan untuk daftar E-FIling LHDN.

  

Langkah untuk mendaftar E-filing adalah seperti berikut;

1. Pergi ke laman web rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my
2. Login kali pertama. Masukkan No. Pin dan No. Rujukan untuk mendaftar sijil digital.
3. Klik Log Masuk. Masukkan No. Rujukan dan kata laluan.
4. Klik pada perkhidmatan untuk memilih perkhidmatan ezHasil yang ingin digunakan.
5. Sekiranya ingin membuat e-filing. Sila ikuti langkah 2 berikut.
    - Klik E-Filing. Seterusnya klik e-borang. Pilih borang yang dikehendaki.
    - Pilih tahun taksiran dan klik teruskan
    - Isi borang dengan lengkap dan klik tandatangan dan hantar. Pengesahan & penerimaan        akan  dipaparkan. Sila cetak ataupun simpan pengesahan tersebut.


Untuk pengetahuan anda, resit yang boleh digunakan untuk pengecualian cukai adalah resit zakat, resit pembelian peralatan sukan, resit pembelian laptop dan lain2 lagi (boleh google sendiri). Anda mestilah menyimpan resit tersebut selama tujuh tahun. Ini memudahkan jika berlaku audit individu yang dilakukan oleh LHDN (Kebiasaannya Audit akan berlaku jika terdapat abnormality pada declare pendapatan dan claim PCB). 

Nasihat aku eloklah declare pendapatan anda kerana anda berpotensi untuk dikenakan penalti jika majikan anda tidak mebuat pemotongan PCB (boleh rujuk dengan majikan).

Sekian saja untuk kali ini. Harap dapat membantu untuk pembayar cukai.