Pemilihan Tinted Kereta Untuk My New Perodua Alza
Assalamualaikum guys. kali ni aku nak kongsi pengalaman aku sewaktu memilih tinted kereta. Walaupun aku bukanlah seorang yang pro pasal kereta, tapi aku x peduli, aku nak share jugak pengalaman aku ni...
Ok, sebelum tu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang tinted kereta
1. Visible Light Transmission (VLT) atau bahasa mudahnya ketelusan cahaya. Ikut undang2 JPJ, cermin depan mesti boleh tembus cahaya lebih 70% dan cermin lain 50%. Makin gelap filem tu bermakna makin kuranglah cahaya boleh masuk dan makin tinggi risiko untuk kena saman masa JPJ buat roadblock.
2. UV (Ultra-violet) Rejection bermaksud kadar pemantulan cahaya UV. Makin tinggi percentage makin bagus dan brand yang bagus biasanya boleh memantul sehingga 99% cahaya UV. Sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit dan mempercepatkan proses penuaan.
3. IR (Infra-red) heat Rejection bermaksud haba, wap atau kepanasan. Semakin besar percentage bermakna makin sejuklah kereta anda nanti. Semakin tinggi nilai IR ni, harganya pun semakin mahallah.
Kebiasaannya sewaktu anda memilih tinted kereta di kedai tinted kereta, ciri-ciri yang disebutkan di atas akan dipaparkan pada produk dalam bentuk percentage (%). Ini akan memudahkan anda membuat pemilihan tinted kereta berdasarkan keperluan dan bajet poket anda.
Aku mengambil masa yang agak lama dalam memilih tinted kereta alza aku ni. Al-maklumlah aku seorang yang cerewet dalam soal keselamatan ni. Baucer safety tinted yang diberikan oleh salesgirl perodua bagaikan tidak bererti apabila tiada beza harga yang ketara dengan penggunaan baucer tersebut. jadi aku ambil keputusan untuk pilih sendiri tinted kereta tanpa menggunakan baucer tinted tersebut.
Langkah pertama aku melakukan survey sendiri di kedai2 tinted kereta berhampiran rumah. Kemudian, aku terjumpa promosi yang dibuat di internet, melalui groupOn promotion. harga yang ditawarkan agak berpatutan sesuai dengan kualiti tinted.
So, aku selepas mendapatkan alamat kedai tersebut, aku terus pergi ke kedai untuk melihat sendiri tinted yang di tawarkan. Rupa-rupanya, ada cara untuk test tinted ni. diorang akan pasang lampu (mewakili sinaran dan heat yang dihasilkan dari matahari).
Aku sangat terkejut, apabila mendapati perbezaan yang sangat ketara antara Heat Rejection 70% dan Heat Rejection 80 %. Perbezaannya nombor nampak kecil, tetapi secara praktikal, kepanasan yang mampu ditapis oleh tinted heat rejection 80% sangat banyak. Untuk Tinted heat rejection 70% kepanasan masih dapat dirasai. So aku putuskan aku ambil untuk ambil heat rejection 80%, dan yang pasti terdapat perbezaan harga yang agak ketara antara spec 70% dan 80% heat rejection (semakin tinggi heat rejection semakin tinggilah harganya).
Visible Light Transmission (VLT) = 50%
UV (Ultra-violet) Rejection = 99%
IR (Infra-red) heat Rejection = 80%
Colour = Crystal Black
Ketebalan =5 mil
Warranty = 7 years
Kos keseluruhan + Tinted Rooftop (RM30) = RM470.00
Pemasangan tinted kereta mengambil masa lebih kurang 2 jam (kat kedai yang aku buat ni la). ia dilakukan di dalam bilik yang bersih bagi mengelakkan habuk dan angin sewaktu pemasangan tinted dilakukan. Pemasangan juga dilakukan dengan cermat dan teliti.
Setelah pemasangan tinted kereta, anda dinasihatkan supaya tidak membuka cermin sisi kereta dalam tempoh 72 jam (3 Hari). ini bagi memastikan tinted melekat dalam keadaan sempurna dan bagi mengelakkan gelembung udara dalam cermin kereta. Apa-apa pun, buatlah pilihan dengan bijak sewaktu pemilihan tinted kereta. pastikan tinted yang digunakan memenuhi spesifikasi yang diluluskan oleh jabatan pengangkutan jalan (JPJ) dan yang paling penting, sesuai dengan bajet poket anda. Ok sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca!
5 comments
Write commentskedai ape name bro??
Replykedai kat mana?
Replyawat la nama dan alamat kedai hg x habaq....
ReplyBos..kasi update la nama kedai..
ReplyBape rm?
Reply