Apa Ada di Jonker Street Melaka
kakak aku yang sememangnya suka bershopping sakan
Jonker Street atau lebih dikenali sebagai Jonker Walk, adalah adalah laluan pejalan kaki pejalan kaki di sepanjang Jalan Hang Jebat dan sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock yang terletak di China Town bagi bandar Melaka ini. Sebagai panduan, Jonker street berada berhampiran Masjid Kampung Hulu dan juga berhampiran Hotel Hallmark Leisure.
Sewaktu berjalan di Jonker Street, saya memerhatikan terdapat ramai peniaga ubat tradisional Cina, Urut refleksologi dan kedai makanan. Ini mungkin mengapa Jonker Street sangat dekat di hati masyarakat Cina. Terdapat juga cenderamata menarik untuk dijadikan ole2 atau koleksi peribadi dijual disini. Syarat membeli disini mudah saja, tawar menawar jika anda benar2 "confirm" ingin membeli barangan tersebut.
Pada pendapat saya Jonker Street adalah tempat yang wajib anda lawati jika berkunjung ke bandar Melaka ini, kerana anda boleh merasakan suasana hidup masyarakat cina di Malaysia. secara keseluruhannya tempat ini boleh dikatakan menarik kerana mempunyai identitinya yang tersendiri, cuma beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti mengasingkan kedai makanan dan cenderamata agar Jonker Street lebih sistematik untuk dilawati. (sebab ada juga orang islam seperti saya yang datang berkunjung ke Jonker Street, So better diasingkan kedai makan dan cenderamata,)
Dan, yang terakhir, gambar kenangan saya bersama mak di Jonker Street..
2 comments
Write commentsyey pernah pergi sini :)
Replysalah satu tempat yang seronok dikunjungi di Melaka,lihat barang2 baba dan nyonya..
Reply