Tak guna punya bapak !!!
Di sini ada satu lagi kisah yang tak ingin kita dengar. Seorang lelaki telah menyebabkan kecedaraan parah kepada dua orang anak, isteri dan ibu mertuanya. Isteri kepada lelaki berkenaan, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.
p/s: Apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang ni. Teman pun kena muhasabah diri sebab teman pun seorang lelaki.
13 comments
Write commentsmanusia macam dah takde sense kemanusian.. zalim pada orang lain dan zalim pada diri sndri
Replynk dicarut, bulan pose. ishhh! sabar2. huhuh. anak die lah paling kesian, pompuan pulak tu!
Replybulan puasa pun jadi...mana kesabaran??
Replybaca kat paper lagi satu, lelaki tu seorang mat gian
Replyish ! zalimnya ! !
Replytu jenis orang akal simpan kat lutut kan..
Replykalau dkt lame aku pijak2 binatang ni...anak 2 amanah tuhan...kenape nak di zalimi
Replynak je mulut mencarut ngn lelaki ni.. kang mencarut kurang lak pahala puasa.. uhh!
Replyhope mangsa dapat bersabar.. n nak sangat lelaki tu dapat hukuman yang setimpal dengan apa yg dia dah buat!
siannya budak ni. apalah bapak dia. tak layak langsung jadi bapak. huh!
Replymemang bapak tak guna ni!
Replymemang zalim dan hilang akal betul lelaki spesis macam tu..ada patut..dah la laki2 sikit kat muka bumi nih..perangai ya Ampun...sebab tu sanggup da yang jadi andartu...kes ni berlaku dekat2 juga hari kejadian yang bapak tetak anak and isteri..in my area..seram ...
Replythis is what happen when love is lost. life is blinded with temporary pleasure.. and satan is dancing
Replyawat la zalim sangat
Reply