Inilah Blog Milik Penganalisis Jenayah Pertama Di Asia

09:56 9 Comments A+ a-

kamal affendi,kamal Affandi, penganalisis jenayah, rogol, liwat, polis malaysia, crime analyser, 999, rakan cop, mencuri, rompakan, keselamatan, martial art
Kenalkah anda pada saudara Kamal Affandi Hashim? Pastinya nama ini sudah tidak asing bagi kita semua. Bermula daripada dunia kewartawanan dan seorang jurugambar, beliau kemudiannya berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.Hari ini beliau merupakan Penganalis Jenayah Pertama di Asia. Sebagai makluman beliau mempunyai sebuah blog yang membincangkan isu-isu jenayah, keselamatan dan peribadi. Blog yang diberi nama "Care For A Crime or Two, Anyone?" ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya, kerana beliau menamakan mangsa-mangsa rogol dan pembunuhan seperti Canny Ong, Nurul Huda sebagai adik beradiknya sendiri. Beliau adalah Wira Sebenar di Hati Masyarakat . Anda boleh melayari blognya di http://kamalfndhashim.blogspot.com .Saudara Kamal Affandi Hashim, teruskan usaha murni anda!!!!


Sedikit info tentang saudara  Kamal Affandi Hashim:
• The first Asian crime analyst.
• Resident Crime Analyst for TV programming.
• Member of the British Society of Criminology.
• Member of the American Society of Criminology.
• Producer and Director for TV content.

9 comments

Write comments
Afiq
AUTHOR
6 October 2010 at 01:57 delete

aku pernah jumpa dia..dia memang sempoi r..peramah giler weh :D

Reply
avatar
hasrul hassan
AUTHOR
6 October 2010 at 03:37 delete

Saya memang selalu jenguk2 blog dia .. simple je tapi info dalam tu yang sarat. Saya memang jadikan rujukan untuk entry blog berkaitan jenayah ..

http://hasrulhasan.blogspot.com

Reply
avatar
azrul adnan
AUTHOR
12 November 2010 at 05:16 delete

raf: aku bangga orang mcm dia..
hari2 aku bukak blog dia..aku kenal mummy angkat aku..dlm blog dia lah..
pernah x makan kek lapis srwk aku bgai??

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
12 November 2010 at 08:40 delete

Pakar motivasi Ph.D palsu - Pakai gelaran doktor setelah tulis tesis 50 muka sahaja

Oleh MARTIN ABDUL KAHAR
martin.kahar@kosmo.com.my
KAMAL AFFANDI menunjukkan senarai nama pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa menggunakan gelaran Ph.D palsu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Mereka begitu petah bercakap ketika memberi motivasi baik pada acara-acara terbuka atau di media-media elektronik.
Golongan ini juga mendakwa memiliki pengalaman luas dan taraf pendidikan yang tinggi sehingga tahap doktor falsafah sebagai pakar motivasi.

Begitu pun jangan terkejut, ada di kalangan pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif termasuk yang telah popular ini sebenarnya ‘tidak mempunyai apa-apa’.

Gelaran doktor falsafah yang didakwa mereka miliki hanyalah temberang semata-mata!

Malah siasatan mendapati gelaran doktor falsafah yang digunakan pada pangkal nama itu merupakan satu penipuan kerana universiti yang didakwa mereka sebenarnya tidak wujud.

Malah ada antara mereka hanya membelinya dan menghadiri konvokesyen yang diadakan di hotel luar negara tanpa perlu menjalani proses akademik sebenar.

Gejala ini didedahkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin) yang mendapati gelaran doktor yang digunakan sebenarnya palsu dan universiti yang menganugerahkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Ketua Biro Penguatkuasaan Tamrin, Kamal Affandi Hashim berkata, selain itu, terdapat juga pelajar peringkat ijazah sarjana dan Ph.D yang cuba menipu dengan mengupah penulis profesional untuk menghasilkan tesis mereka.

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
12 November 2010 at 08:43 delete

Siapa Kamal Affandi Hashim?

"Photojournalist turned policeman turned crime analyst, i dedicated my whole life for the benefits of fellow malaysian. I dont really care if or what if i dont get anything back in return, i just want to save lives.So help me God."

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
12 November 2010 at 19:27 delete

KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis jenayah menyarankan supaya Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dikerahkan bersama-sama polis untuk memeriksa bangunan dan rumah terbiar dalam usaha mengesan adik Sharlinie Mohd Nashar, 5.

"Dalam kes seperti ini, suspek pastinya akan memilih kawasan yang jauh daripada orang ramai dan bangunan serta rumah terbiar mungkin menjadi tempat persembunyian mereka," kata Kamal Affendi Hashim hari ini.

Beliau berkata Ketua Pengarah Rela perlu melihat keperluan ini agar peranan Rela lebih efektif dan tindakan yang menyeluruh bagi mengesan Sharlinie dapat dilakukan.

"Kita tidak mahu dari satu kes kanak-kanak hilang, ke satu kes lagi berlaku, jadi peranan Rela itu harus digunakan sebaiknya. Jika Rela boleh digunakan untuk menjaga trafik atau mencari pendatang tanpa izin, kenapa tidak gunakan untuk memeriksa bangunan-bangunan terbiar," katanya.

Semalam, seorang pengawal keselamatan yang dikatakan mirip wajah suspek kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, ditahan di tempat kerjanya di sebuah bangunan terbiar di Jalan Tun Razak.

Berikutan itu, polis menjalankan siasatan terperinci di bangunan tersebut bagi mencari bahan bukti dan turut membawa empat kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa culik dan cabul di Kampung Baru tahun lepas bagi tujuan pengecaman.

Kamal Affendi turut menyelar pihak yang menjanjikan wang ganjaran bagi mengesan kanak-kanak hilang, kerana menurutnya ia perlu dikekang kerana boleh membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

"Mangsa yang berada di tangan penjenayah akan sentiasa terancam, kerana penjenayah merasakan dirinya sentiasa diburu oleh orang ramai yang inginkan habuan dan akhirnya kemungkinan penjenayah akan bertindak kejam bagi melepaskan dirinya dan kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku," katanya.

Beliau berkata usaha pelbagai pihak dengan mengedarkan poster mangsa adalah tindakan yang bijak kerana ia akan menyebabkan penculik itu takut untuk keluar dan hanya akan berada di satu kawasan.

"Ini memudahkan lagi pihak berkuasa mengesan mereka," katanya. BERNAMA

Reply
avatar
Khaidir
AUTHOR
28 July 2012 at 20:19 delete

Berpeluang berjumpa dengan beliau semalam di Pasar Ramadan Shah Alam, alhamdulillah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
30 September 2014 at 16:59 delete

mcm mana nk hubungi saudara Kamal Affandi? pls email saya
kelisa_iu@yahoo.com

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
11 February 2015 at 02:27 delete

Salam.. ada sesiapa yg tahu macam mana nak contact beliau tak ? emel atau apa2 yang bersesuaian. Tolong saya, saya sdg cari ahli panel utk forum di Putrajaya. a.s.a.p. -11/2/15-

Thank u very much.

Reply
avatar