Muka Baru Pengarah Filem Malaysia

07:19 5 Comments A+ a-

PIERRE ANDRE

Profesion: Pelakon
Umur: 25 tahun
Pendidikan: Akademi Seni Kebangsaan - Diploma Program Teater (Seni Lakonan)
Latar belakang: Anak kepada pelakon wanita veteran Khatijah Tan itu dikenali selepas persembahannya dalam filem Gol & Gincu (2005).
Fakta pengarahan: Pierre membuat percubaan pertama dengan filem sulungnya 9 September pada 2007. Pierre juga bertindak sebagai penulis skrip untuk filem Jangan Pandang Belakang. Selepas I'm Not Single (2008), Pierre mengarahkan Jangan Tegur tetapi dia berhadapan krisis setelah berbalah dengan David Teo.

SHARIFAH AMANI

Profesion: Pelakon dan pengarah
Umur: 24 tahun
Latar belakang: Anak kepada pelakon serta bekas pengarang hiburan, Fatimah Abu Bakar yang pernah mencetuskan kontroversi akibat lepas cakap dan bercukur rambut
Fakta pengarahan: Sharifah Amani diambil sebagai pelakon oleh Yasmin Ahmad menerusi filem Sepet. Pernah terbabit sebagai Penolong Pengarah 3 untuk filem Talentime. Amani muncul dengan filem pendek Sangkar, lakonannya sendiri bersama Beto Kushairy, Othman Hafsham dan ibunya, Fatimah Abu Bakar. Pelakon yang terlatih daripada 'Sekolah Yasmin Ahmad' itu cukup teruja untuk menghasilkan lebih banyak filem pada masa akan datang.

HASHIM REJAB

Profesion: Pengarah seni dan pengarah
Umur: 37 tahun
Fakta pengarahan: Hashim merupakan pengarah muda keenam di bawah skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan oleh syarikat produksi MIG selepas Pierre Andre, Norliana Shamsudin, Farid Kamil. Azhari Zain dan Ismail Bob Hasim. Sebelum ini, Hashim pernah mengarahkan drama bersiri popular Adamaya.
Filem berjudul Sekali Lagi lakonan Shaheizy Sam ialah naskhah pertama sentuhannya. Menerusi filem berkenaan, watak utamanya, Sam diberi peranan sebagai pemuda lembam yang digandingkan bersama Lisa Surihani. Ramai menantikan Sekali Lagi untuk ditayangkan kepada umum berdasarkan profil Rejab yang dilihat mempunyai haluan tersendiri dalam sentuhannya

BERNARD CHAULY

Profesion: Pengarah
Umur: 37 tahun
Fakta pengarahan: Benard merupakan graduan sosiologi dan antropologi dari Universiti Sains Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di London dalam jurusan filem, mula dikenali menerusi Gol & Gincu. Filem pertamanya itu diterbitkan oleh Red Communication. Sebelum itu, dia menerima banyak anugerah menerusi beberapa karya filem pendeknya, Adam & Steve, Wayang Kulit: Feast of the Shadow Spirits (dokumentari) dan Saying Goodbye (filem eksperimental). Pada tahun 2006, dia muncul dengan Goodbye Boys, satu pendekatan yang dilihat berbeza dalam kalangan pengikut filem bebas.


HANS ISAAC
Profesion: Pelakon, penerbit, penulis skrip dan pengarah
Umur: 39 tahun
Fakta pengarahan: Kali pertama mengarahkan filem Cud yang berjaya mencatat kutipan RM2.043 juta, filem berkenaan juga mengangkat nama Hans Isaac sebagai Pengarah Harapan Terbaik dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-21. Kesungguhan Hans dalam berkarya menerusi syarikat miliknya terbukti dengan pementasan teater Cuci The Musical yang mendapat sambutan hangat sepanjang musim pertama dan kedua pementasan di Istana Budaya.

JASON CHONG
Profesion: Pelakon, penulis skrip dan pengarah
Umur: 30 tahun
Fakta pengarahan: Menghasilkan filem sulungnya Belukar, Jason membawa satu kelainan apabila cinta diselang-selikan dengan penyiasatan dan aksi. Belukar gagal menarik penonton apabila ia hanya mencatat kutipan sekitar RM300.000.
Bagaimanapun, garapan Jason ternyata memberi impak apabila pelakon utama filem berkenan diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 manakala heroinnya, Daphne Iking pula dipilih sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik.


OSMAN ALI
Profesion: Pengarah dan penulis skrip
Umur: 37 tahun
Latar belakang: Dikenali sebagai pengarah filem pendek yang berarti membongkar isu dunia pelacuran dan rnak nyah menerusi Bukak Api, Sebuah lagi filem pendek popularnya Malaikat Di Jendela Iakonan Ning Baizura.
Fakta pengarahan: Filem arus perdana pertamanya Puaka Tebing Biru menemui penonton pada 2007.la menjadi sebuah filem seram yang hanya berjaya mengutip pulangan RM1 juta dan dianggap kurang berkesan. Tayangan filem Anak Halal pada tahun yang sama mencetuskan banyak perhatian daripada pengkritik filem, Ramai yang memuji bahkan ada juga yang mempertikaikan unsur realisme keterlaluan yang cuba dipaparkannya. Di pawagam, filem itu hanya meraih RM1.745 juta tetapi pada Festival Filem Malaysia Ke-21, Anak Halal bersaing sengit dengan filem besar, Wayang serta Kala Malam Bulan Mengambang dan ia berjaya pulang dengan trofi Cerita Asal Terbaik, Osman dalam debar menantikan anak komersial ketiganya yang diberi nama Cun, sebuah komedi romantik Iakonan Remy Ishak dan Maya Karin. Meneruskan kerja seninya, Osman dijadualkan memulakan penggambaran filem baru, BaraJiwa pada 15 Disember ini. Filem tersebut dibartsi Remy dan Bront Palarae, Diana Danielle dan Mislina Mustafa.

ISMAIL BOB HASHIM

Profesion: Penolong pengarah dan pengarah
Umur: 34 tahun
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia serta kursus perfileman jangka pendek anjuran Finas
Latar belakang: Pembantu pengarah untuk siri Rempit Vs Impak Maksima (2006), Jangan Tegur Lag (2009) dan Adnan Sempit The Series (2010).
Fakta pengarahan: Filem pertarna arahannya, Ngangkung berjaya mengutip RM4.1 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan bermula 25 November lalu. Dia menyifatkan idea filem seram komedi bersandarkan pemujaan nombor ekor itu sebagai satu tuah buatnya. Ismail kini dalam proses suntingan untuk filem keduanya, Senario Ops Pocot. "Pencapaian Ngangkung adalah untung sabut datam karier saya. tiba-tiba sahaja ia mendapat perhatian ramai. Apabila filem pertama mencatat tangga sebegitu. selepas ini tanggungjawab menjadi lebih besar," katanya yang bermula sebagai krew am di Kuasatek Pictures.

SHOFFI JIKAN
Profesion: Pelakon, pelukis, penulis skrip dan pengarah
Umur: 40 tahun
Pendidikan: Akademi Filem Malaysia
Latar belakang: Banyak dikesan menerusi filem Mamat Khalid, terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem V3: SamsengJalanan turut melibatkan Shoffi sebagai penulis skrip.
Fakta pengarahan: Belum berkesempatan mengarah filem, tumpuan Shoffi kini terhadap telemovie dan drama bersiri. Dalam berkarya, Shoffi membawa pendekatan Islamik. Karya terbarunya termasuklah Ku Yakin Beriaku dan Mencari Jannah di saluran Oasis.

Source : Kosmo Ahad

5 comments

Write comments
16 December 2010 at 15:15 delete

cool lah syrifah amani
perempuan dan mude lg pulak tuh!!
terbaik!

Reply
avatar
Lelaki Ini
AUTHOR
16 December 2010 at 15:50 delete

norliana samsuddin yg selamat pagi cinta???
farid kamil??
syamsul yusof??
byk lagi kan??/

Reply
avatar
Radin87
AUTHOR
16 December 2010 at 15:55 delete

Hmm, harap selepas ni banyak lagi pelapis muncul. Tapi itulah satu kekurangan industri perfileman Malaysia. Tak boleh buat filem modal besar-besar. kita tengoklah, kutipan pun rata-rata RM1 juta jer..

jadi, kos mesti tidak lebih dari RM1 juta.

Kalau filem luar, kos buat $100 juta boleh dapat pulangan $1 bil.. huhu..

Reply
avatar
YOUsoF
AUTHOR
18 December 2010 at 00:32 delete

sharifah amani memang sempoi..

SHOFFI JIKAN pun kool jugak..

Reply
avatar