Stadium Piala Dunia 2018, Rusia

05:08 6 Comments A+ a-

Undian oleh ahli-ahli jawatan kuasa FIFA di Zurich, Switzerland telah memilih Rusia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 manakala Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

  Andrei Arshavin Melakukan Tugas Sebagai Pelobi Dengan Baik

SAINGAN Piala Dunia 2018 , Rusia bakal berlangsung di empat gugusan yang dinamakan Gugusan Utara, Gugusan Tengah, Gugusan Sungai Volga, Gugusan Selatan dan Gugusan Pergunungan Ural.
Venue Piala Dunia 2018

la melibatkan penggunaan 16 buah stadium yang terletak di 13 buah bandar di serata Rusia dengan empat daripadanya terletak di ibu negara, Moscow.


GUGUSAN UTARA
DUA buah bandar yang bakal menjadi venue di bahagian utara Rusia ialah Kaliningrad dan St. Petersburg. 

Kaliningrad yang merupakan bandar pelabuhan yang terletak bersebelahan Poland dan Lithuania menampilkan sebuah stadium baru iaitu. Stadium Kaliningrad yang boleh memuatkan 44,015 penonton.

St. Petersburg pula yang merupakan bandar kedua terbesar di Rusia bakal menampilkan stadium yang besar iaitu Stadium St. Petersburg yang berkapasiti 68,000 tempat duduk.

GUGUSAN TENGAH
GUGUSAN tengah yang dimaksudkan ialah bandar raya Moscow, bandar terbesar di Eropah yang bakal menampilkan empat buat stadium untuk digunakan sepanjang Piala Dunia 2018.

Stadium Luzhniki yang berkapasiti 89,318 tempat duduk merupakan gelanggang utama kejohanan memandangkan stadium yang dibina pada 1956 ini pernah menjadi venue penganjuran Sukan Olimpik 1980 dan final Liga Juara-Juara 2008.

Baki tiga stadium lain di gugusan tengah Moscow ini ialah Stadium Dynamo dengan kapasiti 45,000 tempat duduk.

Stadium Spartak dengan kapasiti 47,000 tempat duduk.

Stadium Moscow Region dibina khas dengan kapasiti 44,250 tempat duduk.

GUGUSAN SUNGAI VOLGA
LOKASI indah di sepanjang Sungai Volga pula bakal melibatkan enam buah bandar iaitu Kazan, Nizhny Novgorod, Samara, Saransk, Volgograd dan Yaroslavl.

 Stadium Kazan di tepi sungai berkapasiti 45,000 tempat duduk

 Stadium Nizhny Novgorod di atas sebuah pulau kecil berkapasiti 44,899.

Stadium Samara pula terletak di Pulau Koroviy dengan kapasiti 44,000 tempat duduk.

 Stadium Saransk menggunakan inspirasi matahari berkapasiti 44,000 tempat duduk.

  Stadium Volgograd (44,000 tempat duduk)

Stadium Yaroslavl (44,000 tempat duduk).

GUGUSAN SELATAN

Stadium Rostov-on-Don terletak di sebelah Sungai Don yang indah dengan kapasiti 44,000 tempat duduk di bandar yang terletak 1,000 kilometer di selatan Moscow yang merupakan hab bagi penerbangan ke Eropah, Afrika dan Asia.

Stadium Sochi yang berkapasiti 45,460 tempat duduk turut bakal menjadi venue Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 terletak di bandar Sochi dengan lokasinya bersebelahan Laut Hitam dan berlatarbelakangkan Pergunungan Caucasus.

Stadium Krasnodar berkapasiti 50,015 tempat duduk pula terletak di sebelah Sungai Kuban.

GUGUSAN PERGUNUNGAN URAL


YEKATERINBURG pula merupakan bandar Asia yang terletak di sebelah timur Pergunungan Ural dengan menempatkan sebuah stadium yang dinamakan Stadium Yekaterinburg dengan kapasiti 44,000 tempat duduk.

source: 
1. Kosmo Ahad

6 comments

Write comments
12 December 2010 at 07:18 delete

amazing!!

errr,stadium malaysia?? kehkeh :P

Reply
avatar
zacky ~786~
AUTHOR
12 December 2010 at 08:53 delete

wah meruah yerr ..
p lma lg kn.. manusia hanya mmpu merancang

Reply
avatar
Radin87
AUTHOR
13 December 2010 at 07:23 delete

Stadium Malaysia? perlu tanya ke? huhu.. kita memang ada beberapa stadium yg kapasiti besar, cuma~~~

Stadium yg khas utk bola sepak memang takder. Sebabnya? tgk jer la bola sepak Malaysia sekarang. huhu.. kalau pasukan bola sepak masih tak kuat, macam mana nak bina stadium? takder orang nak masuk.

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
13 December 2010 at 09:46 delete

tak sabar nk dtg sini balik 2018 nti^^

Reply
avatar
jackieKOH
AUTHOR
15 December 2010 at 19:54 delete

hebat r stadium rusia~~ haha

Reply
avatar