Tak Perlu Jadi Tuan Rumah

19:49 6 Comments A+ a-

Hujan itu rahmat

Baru-baru ini seorang menteri (nama dirahsiakan) berkata sejak Sukan Komanwel  1998 Malaysia tidak bersedia untuk menganjurkan sebarang kejohanan besar. Ini adalah kerana negara tak mampu menampung kos yang tinggi dan mentaliti rakyat Malaysia yang mahukan semuanya percuma (subsidi).

Aku tak rasa ini soal mentaliti. Ini adalah soal memenuhi keperluan. Menteri tersebut hanya perlu tanya pada diri sendiri, kenapa rakyat Malaysia mahukan semuanya percuma? Jawapannya sudah tentulah kerana tekanan ekonomi yang dialami oleh golongan berpendapatan rendah, ditambah pula dengan harga barang yang semuanya naik tak pernah turun-turun (hujan je yang turun).

Kalau nak tarik sangat subsidi, hanya perlu tarik pada golongan berpendapatan tinggi (macam encik menteri tu la). Tak perlu nak libatkan golongan berpendapatan rendah yang memang dah sedia susah. Tapi macam susah je nak buat macam tu kan. Dan kalau susah-susah sangat  tak perlu jadi tuan rumah  untuk  acara sukan Asia, Komanwel mahupun Olimpik. Itu lebih baik daripada orang miskin mati kelaparan dek kerana tak dapat subsidi.

P/s: Bukankah tanggungjawab pemimpin menjaga kebajikan rakyat?

6 comments

Write comments
CGG
AUTHOR
6 December 2010 at 19:57 delete

kepimpinan kan melalui teladan..:)

Reply
avatar
Radin87
AUTHOR
6 December 2010 at 22:47 delete

Tak jadi tuan rumah pun takper. Tapi keperluan rakyat kenalah diutamakan. Ingat orang-orang bawahan ni senang sangat ke? keperluan rumah semua kena beli. Minyak, makanan, bil semua kena bayar.

Menteri2 lainlah.. semua ada elaun. ntah-ntah bil2 tu semua kerajaan tanggung. huhuhu..

Reply
avatar
7 December 2010 at 00:16 delete

tapi jadik mcm kes subsidi petrol pada nelayan baru2 ini.ape jadi? bila kerajaan tolong,tgklah org buat mcm mana?

Reply
avatar
eiela
AUTHOR
8 December 2010 at 06:13 delete

negara kena bergerak seiring, selain itu kebajikan rakyat jangan diabaikan plak.

Latest Entri :
Blog Baru (2010) Pilihan
Insurans Paling Murah Di Malaysia : RM1 Sebulan

Reply
avatar
Fyzal
AUTHOR
9 December 2010 at 04:18 delete

hujan je yg turun - itu memang aku setuju sgt2.. nmpknye kita belum boleh jadi negara maju.

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
10 December 2010 at 17:29 delete

dua2 kena main peranan kut..pemimpin kena bijak handle bnda kait ngn pntadbiran n kbjikan rakyat as they promised n rakyat plak kena la bijak n usaha lebih,jgn nk org suap je..huhuhu

Reply
avatar