Skuad Bola Sepak Negara Selamatkan Blog Aku

17:45 2 Comments A+ a-

Antara prank yang popular di laman social  (source)

Assalamualaikum semua. Harap masih tak terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara  kita yang berjaya memenangi Piala AFF Suzuki buat julung kalinya. Memang di mana-mana sahaja sekarang ini,  topik perbualan tentang bola sepak Malaysia masih belum reda. Prank tentang Bola Sepak Malaysia juga telah banyak tersebar di social networking seperti Facebook. Ya, kita berhak untuk meraikan kemenangan negara kita dalam Piala AFF tapi jangan pulak sampai hilang fokus dalam kerja seharian sudah la ek. 

Alhamdulillah, dengan bermulanya semester baru, sekali lagi bermulalah azam baru aku, walaupun azam lama masih belum pernah tertunai. Tetapi sebagai manusia biasa kita perlu merancang kehidupan kerana kita tahu Allah jualah yang menentukan segalanya. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi jengah ke blog aku ni walaupun aku kadang-kadang jarang balas blogwalking korang. Minta maaf sangat-sangat yer. Memang waktu cuti semester aku jarang online sebab malas nak pergi cybercafe (rumah aku xde internet) dan aku sibuk melakukan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Puan Hajjah Fatimah (mak aku la tu). Tapi itu x bermakna yang mak aku membenci teknologi kerana kata mak, "kita hanya perlu berbelanja ikut keperluan". (Actually memang aku tak perlukan internet sangat waktu kat kampung)
Tanpa disangka-sangka aku juga telah menumpang tuah kemenangan pasukan Malaysia apabila banyak traffic yang tersangkut ke blog aku pada minggu ni datang melalui keyword search seperti gambar skuad bolasepak negara, gambar safiq rahim, muslim ahmad, gambar pemain bolasepak malaysia, muslim ahmad pemain malaysia, pemain bolasepak no 24. Ini sedikit sebanyak telah menyelamatkan blog aku dalam ranking Alexa daripada jatuh menjunam.

Kita semua masih dalam nafas tahun baru maal hijrah dan masihi. Aku ucapkan semoga kita semua dapat melalui kehidupan yang lebih baik pada tahun baru ini. Wassalam..

2 comments

Write comments
Shiela Latif
AUTHOR
4 January 2011 at 09:40 delete

kah kah kah...lawak2 nyer prank dia...kira masa baru2 keluar sis pun tertipu gak...muahahaha

Reply
avatar
Radin87
AUTHOR
4 January 2011 at 18:28 delete

hehe.. demam piala AFF Suzuki belum reda lagi. semoga kejayaan skuad Harimau bimbingan K. Rajagopal berkekalan hendaknya. ^^

Reply
avatar