Ratu Pondan Malaysia, Ape Ke Jadahnye?

18:36 5 Comments A+ a-



Setelah tersebar luas video pertandingan ratu cantik maknyah versi Malaysia di Laman youtube dan facebook, akhirnya akhbar harian Metro membuat pendedahan tentang isu tersebut.

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.  Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. 


Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.nSusulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu. Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.  Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur. 


Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.  “Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.  “Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya. 


Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing. Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran. Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an. 


source: Hmetro

P/S: Macam mana pertandingan ni boleh dapat permit ye? Bangang sangat ke orang yang luluskan permit tu?

5 comments

Write comments
9 April 2011 at 19:35 delete

Tunggu bala baru nak tobat kot depa ni. Haihh, Allah murka benda benda macam ni.

Reply
avatar
cacing
AUTHOR
10 April 2011 at 00:21 delete

ini semua menunjukkan kebodohan pemimpin dinegeri tu... dah tau benda macam ni haram, lansung tak amik peduli, yang panel nya tu elok la amik noraniza idris.. pakai tudung pun macam pakai helmet je...

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
10 April 2011 at 13:39 delete

ade tgk juga vdeo ni aritu..mmg teruk la..kalo xdgr suara,ssh gak nk ckp tu nyah..aigoo ape nk jd ntah..bukn slh pemimpin je tp slh smua phak yg tak cakna..

Reply
avatar
OKEdChokelaT
AUTHOR
11 April 2011 at 04:54 delete

hisshh..noraniza idris ke????? even tuk keje amal...tp kite xptt galakkan benda2 cmni..hisss...

Reply
avatar
Carlos Seira
AUTHOR
26 April 2011 at 07:56 delete

sakit ati aku dengar noraniza idris ni jawab kat melodi, dah terang terang golongan di laknat dalam Quran, bersungguh sungguh dia bela.. patut la kena cerai.. keras kepala.. kalau benda Allah dah kata haram pun dia pandai putar, ni kan pulak laki dia

Reply
avatar