Teks Ucapan Pengacara Majlis Perkahwinan Dan Persandingan

22:28 32 Comments A+ a-



Berikut merupakan contoh teks ucapan pengacara majlis perkahwinan yang dipetik dari blog anarqiyellow

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN MOHD FIRDAUS AZMAN & NOR KHALIDA MAKMOR
DI DEWAN SERI MELATI, PRESINT 3, PUTRAJAYA.
6 FEBRUARI 2010

PENGERUSI MAJLIS : MUHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN MAT AZIDIN



Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; 
Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

(SELAWAT – AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.



Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati __________________________________________________________ selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip. 

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Kolej IKRAM, Bangi. Selangor Darul Ehsan. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3 –

4 –

5 –

6 –

7 –

8 –

9 –

10 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. 

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman, yang turut mewakili pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK
(15MINIT)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Teks ini diubahsuai oleh : Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin

32 comments

Write comments
aku
AUTHOR
25 November 2012 at 21:53 delete

Pohon menggunakan sedikit sebanyak dari pantun2 dari text ini utk pengupacaraan majlis perkahwinan rakan.

Reply
avatar
Haryati Sahat
AUTHOR
16 April 2013 at 23:54 delete

Salam...
memohon utk menggunakan bbrp frasa dan pantun utk majlis anak bos.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
23 August 2013 at 07:59 delete

salam,mohon izin guna teks ini untuk majlis anak staf saya nanti.terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
24 November 2013 at 01:39 delete

Assalammualaikum mohon izin utk share skrip emceeby eemail.carlzafran83@gmail.com

Reply
avatar
22 January 2014 at 20:12 delete

mohon ambil sedkit pantun

Reply
avatar
11 March 2014 at 11:21 delete

Assalamualaikum.. mohon ambil beberapa pantun dalam teks pengacaraan majlis perkahwinan.. terima kasih..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
21 March 2014 at 15:06 delete

Mohon gunakan teks sebagai panduan untuk membina teks majlis adik ipar. Terima kasih

Reply
avatar
26 March 2014 at 04:52 delete

azuan mohon untuk menggunakan format teks untuk majlis

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
28 March 2014 at 10:07 delete

assalam....saudarA....sy mohon ubah suai teks utk prkhwinn. bapa saudara sy....tenkiu.....

Reply
avatar
2 April 2014 at 21:24 delete

Assalamualaikum.... Mohon menggunakan sebahagian drpd teks untuk majlis perkahwinan anak rakan sekerja pada 4 april 2014 tq.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
4 April 2014 at 11:05 delete

salam saudara, mohon izin untuk meggunakan teks ini. terima kasih

Reply
avatar
10 April 2014 at 22:37 delete

Assalamualaikum.
Mohon izin untuk menggunakan teks bagi majlis perkahwinan sepupu saya.
Jutaan terimakasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
15 April 2014 at 10:50 delete

Assalaam. Mohon izin menggunakan format teks sebagai asas teks majlis persandingan anak saudara. Terima kasih.

Reply
avatar
Jejol
AUTHOR
22 April 2014 at 08:04 delete

As Salam. Mohon izin ubahsuai teks dan pantun tuan untuk majlis perkahwinan rakan saya. Terima kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
4 May 2014 at 05:33 delete

Assalamualaikum.
Mohon izin untuk menggunakan teks bagi majlis perkahwinan anak saudara saya.
Jutaan terimakasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
5 May 2014 at 15:49 delete

Assalamualaikum.
Mohon izin untuk menggunakan teks bagi majlis perkahwinan anak sulung saya.
Jutaan terimakasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
9 May 2014 at 19:41 delete

salam saudara mohon guna teks ucapan ini untuk majlis perkahwinan anak saudara pada 11/5/14..terima kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
9 May 2014 at 19:41 delete

salam saudara mohon guna teks ucapan ini untuk majlis perkahwinan anak saudara pada 11/5/14..terima kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
13 May 2014 at 20:47 delete

Assalamualaikum.
Mohon izin untuk menggunakan teks bagi majlis perkahwinan anak sulung kawan saya.
Jutaan terimakasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
19 May 2014 at 09:04 delete

as salam..mohon untuk gunakan sedikit teks tuan..TQ

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
30 May 2014 at 09:24 delete

As salam,mohon share beberapa kerat pantun utk mjlis pkahwinan rakan,terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
1 June 2014 at 19:36 delete

Mintak izin untuk gunakan teks ni. Tqvm

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
19 August 2014 at 05:44 delete

salam, saya memohon utk menngunakan teks ucapan ini. jutaan
terima kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
29 August 2014 at 00:10 delete

As salam...

mohon izin yer untuk menggunakan bait-bait pemanis dalam teks ini..
terima kasih....

Reply
avatar
sunny ipoh
AUTHOR
29 August 2014 at 20:09 delete

as salam, saya mohon izin utk mengunakan teks ucapan ini, jutaan terimakasih

Reply
avatar
johari ya
AUTHOR
25 October 2014 at 21:58 delete

Assalam. mohon izin utk menggunakan teks ucapan ini.terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
27 October 2014 at 22:03 delete

As salam.mohon izin gunakan pantun n idea teks ye...

Reply
avatar
iranis
AUTHOR
1 January 2015 at 07:09 delete

Salam...sy jgk ingin memohon izin menggunakan teks utk majlis perkahwinan anak saudara sy...ianya sgt sesuai dgn aturcara majlis kami nanti...TQVM

Reply
avatar
Jazzrina
AUTHOR
7 February 2015 at 15:02 delete

assalam.. mohon izin utk guna text ucapan anda sbgi panduan utk majlis saya hari ni.

Reply
avatar
Rahim Omar
AUTHOR
12 February 2015 at 15:56 delete

Assalamualaikum..

mohon izin utk guna text ucapan anda sebagai panduan utk majlis perkahwinan anak buah saya.

Terima kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
9 September 2016 at 01:20 delete

Assalamualaikum, mohon share teksnya.. terima kasih banyak2.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
24 November 2016 at 22:32 delete

zakaria,

Assalamualaikum WBT. Tuan,

Mohon saya seperti di atas menggunakan teks juruacara tuan

seperti tertera pada contoh teks.

Semoga pihak tuan tiada halangan untuk 'sharing' bahan

dari Blog tuan.

Semoga apa yg. tuan 'share' diberkati dan ucapan jutaan terima kasih.

Reply
avatar