PERMOHONAN MEMASUKI POLITEKNIK SESI JUN 2012

17:50 2 Comments A+ a-

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2012.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.
Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH.

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
  1. Politeknik Premier
    Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional
    Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO
    Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.

Permohonan Melalui UPU

  • Permohonan melalui UPU ini bagi pemohon lepasan SPM dan setaraf.
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Lepasan SPM boleh memohon 13 pilihan program pengajian melalui 1 nombor UNIK ID iaitu 8 pilihan program Politeknik Premier dan 5 pilihan program Politeknik Konvensional & METrO.
  • Borang Permohonan UPU

Permohonan Melalui Politeknik

  • Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Sila rujuk laman web Politeknik.
  • Borang Permohonan Melalui Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman webUPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel :pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.
source: mummynemo

2 comments

Write comments
NurMisnan
AUTHOR
23 March 2012 at 17:25 delete

bagus ni brother.. mudah2an ramai lepasan SPM dapat menyambungkan pelajaran.. gdluckSemua..

Reply
avatar
24 March 2012 at 06:24 delete

this is interesting. hope many students can further their study either in local or international universities. :)

Reply
avatar