Brick Game Dari Ibu

07:39 5 Comments A+ a-


Masih ingatkah anda pada permainan ini? Brick Game, pernah menjadi kegilaan kanak pada tahun 90 'an. Permainan elektronik ini bersaiz sederhana, dan mempunyai fungsi permainan ringkas untuk menyusun "brick" yang terdapat pada skrin. Brick Game, dapat merangsang perkembangan  minda kanak-kanak untuk lebih cekap dalam pengiraan matematik.

Pertama kali aku main brick game sewaktu darjah 2. Tapi bukan brick game aku. Brick game jiran aku yang punya. Setiap kali datang rumah jiran aku tu, mesti aku pinjam dia punya brick game. Waktu tu, harga brick game mahal lagi, mak aku x mampu nak beli. Sehinggalah waktu darjah 4, selepas aku dikhatankan, mak aku tanya nak hadiah apa untuk khatan. Aku pun mintak la brick game.

Seronok gila dapat brick game sendiri. Sampai tak ingat nak baca buku sekolah waktu tu. Aku rasa, dalam banyak-banyak hadiah, hadiah brick game dari mak aku tu la, paling x boleh nak lupa. Walaupun mak aku x banyak sangat duit waktu tu, tapi dia tetap belikan jugak sebab tak nak kecewakan anak dia. Terima Kasih mak.

Rasanya, zaman sekarang dah xde orang nak main brick game dah. Zaman dah berubah dan dunia semakin maju. Computer game, Playstation, Xbox, dah mengambil alih dunia kanak-kanak zaman sekarang.

5 comments

Write comments
Rozuan Ismail
AUTHOR
5 May 2012 at 08:17 delete

huhu.mak tak pernah belikan

Reply
avatar
redlomo
AUTHOR
5 May 2012 at 14:33 delete

ingat dulu masa kecil kecil games ini mahal sampai RM50 satu.. skrg dalam rm10 jer...

Reply
avatar
10 May 2012 at 20:35 delete

inget masa kecik dulu ta.... gimbot ! hhaa

Reply
avatar
Apple
AUTHOR
24 June 2012 at 18:36 delete

beberapa minggu lalu ada adik sepupu beli brick game ni kat pasar minggu. Masih wujud lagi benda ni kat kawasan2 terpencil macam pekan dalam daerah sabah. tempat sy la tu. Hoho.. Bagi yang berduit, PS2 benda paling murah dalam rumah dorg.

Reply
avatar