Stress Sebabkan Gastrik

08:51 1 Comments A+ a-


Gastrik? Itu adalah penyakit yang sangat asing bagi aku. Aku selalu mendengar perkataan gastrik dari ibu ku, kerana ibu adalah penghidap gastrik. Baru-baru ini, aku mengalami sakit perut secara tidak menentu. Ia tidak berlaku secara berterusan, tetapi berlarutan selama 5 hari. Perut aku rasa sakit ketika hendak tidur, selepas makan dan ketika sedang berehat juga. 

Aku berasa x sedap hati juga dengan simptom yang aku alami ini. Lantas aku ambil keputusan untuk berjumpa doktor. berdasarkan pemeriksaan doktor, doktor mendapati ini mungkin adalah tanda-tanda awal penyakit gastrik. Dan apa yang paling mengejutkan aku, apabila doktor memberitahu, tekanan adalah salah satu punca kepada penyumbang penyakit gastrik. Ini kerana, apabila kita berasa stress,  perut akan merembeskan lebih banyak asid dan seterusnya akan menyebabkan gastrik. So, kepada mereka yang mempunyai tekanan hidup atau pun tekanan di tempat kerja, sila tangani stress anda dengan cara yang bijak.

Antara tanda-tanda gastrik ialah:

  • Hilang selera makan
  • Pedih dan sakit perut 
  • Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
  • Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
  • Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
  • Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
  • Berat badan susut

Makanan yang perlu dielakkan bagi penghidap gastrik ialah:

-makanan bercili/sos/sambal belacan
-makanan masam/cheese
-minuman bergas
-merokok (walaupun pada hakikatnya rokok bukan lah makanan)

Bila dengar doktor cakap yang aku di suspek menghidap gastrik, rasa macam x percaya sebab aku ni jenis yang makan ikut time. Tetapi ia adalah fakta sains yang harus aku akui kerana aku sememangnya stress dengan kerja sejak akhir2 ini, dan aku gagal menangani stress di tempat kerja dengan bijak. Aku harap agar korang semua bijak menangani stress dengan memperuntukkan waktu untuk bersukan dan beriadah.

Sekian sahaja, jagalah kesihatan, kerana kesihatan amat berharga.

1 comments:

Write comments
12 December 2013 at 01:54 delete

huhuhu....rasanya gastrik ni mcm keturunan jugak ...macam kami satu family..mmg ramai la kena gastrik..ada yg tahap teruk...huhuhu...baru taw stress boleh akibatkan gastrik...huhu

Reply
avatar