Pendaftaran Nama Syarikat Di SSM Pada Hari Sabtu & Ahad

09:51 3 Comments A+ a-

Pada masa kini, ramai orang yang menceburi bidang perniagaan terutamanya perniagaan online. Adalah lebih selamat jika perniagaan yang anda lakukan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini adalah kerana  Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan  perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan  denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Mungkin kerana kesibukan kerja ramai yang tiada masa untuk mendaftarkan perniagaan masing-masing. tetapi kini, Pendaftaran Nama Perniagaan kini boleh dilakukan di kaunter SSM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara pada hari sabtu dan ahad.

Kaunter SSM di UTC Pudu Central 

Jadual Operasi Pejabat


Pada hari Sabtu dan Ahad, Kaunter SSM di Pudu Central dibuka dari 8.30 pagi hingga 10 malam. Walaubagaimanapun, kaunter yang dibuka pada cuti hujung minggu ini mempunyai keburukannya juga. ini adalah kerana kaunter yang dibuka adalah sedikit, dan jumlah pelanggan yang hadir adalah ramai dan ini menyebabkan masa menunggu adalah lama. Walaubagaimanapun ia adalah pilihan terakhir untuk mereka yang sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Borang Yang Perlu Disi Untuk Pendaftaran nama Perniagaan

Untuk pendaftaran baru, borang yang perlu diisi ialah borang permohonan kelulusan nama perniagaan dan Borang A (Borang Pendaftaran Perniagaan. Sebagai panduan, nama syarikat yang lebih umum adalah lebih bagus bagi mendaftar perkhidmatan yang pelbagai. Sebagai contoh, "Iman Engineering" hanya boleh menjalankan jenis perniagaan berkaitan kejuruteraan, manakala "Daya Teguh" boleh didaftarkan pada pelbagai jenis perniagaan.

Diharapkan info yang diberi pada kali ini dapat membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan melalui saluran yang betul. Saya juga berharap agar kaum bumiputra di Malaysia mengambil bahagian di dalam perniagaan yang kini banyak dimonopoli oleh bukan bumiputera.

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
30 September 2014 at 02:59 delete

perniagaan yang kini banyak dimonopoli oleh bukan bumiputera.


apa ini maksud ?

Ini bermakna kaum bukan bumiputera kerja keras , Kerajaan Malaysia dah banyak bantu Bumi yang anda maksud, tapi kebanyakan Bumi pergi Meragut, rompak, curi, tak kerja, malas

walaopun Bumi di Malaysia ada banyak, ini QUANTITY banyak, tapi tak ada QUALITY...

i also got a BUMI friend, but he is high educated, he also admit that most of the BUMI are important in QUANTITY of children, not QUALITY of the children. thats the point , dude

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
9 October 2014 at 23:15 delete

Sebenarnye kaum bumi ni niaga tadkde daftar. nampak kecik but masuk tiap bulan...low profile sebab tu bab pi umrah ni tak kira ramai almost every month. My friend tu every year umrah whole famili...bisnes keciktakde la besar-besar ok la. Ynag atas tu nak tunjuk sangat bumi malas. Its ok for me biar dia orang think like that. Jutawean senyap-senyap pun ramai but still maintain low profile. i pun tak daftar coz niaga kecik but ni tengah nak daftar ni. watever i tak kay but i pun tak la susah.ok je ...bila dah daftar or my member2 dah dafter we BUMI ni lagi la akan berkmebang lagi expand takut. But impot ekspot dah dalam plan....so biar la orang kat BUMI malas hakikatnya masal ni ada pada semua bangsa nampak tak nampak je...

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
10 October 2014 at 20:04 delete

Ini saya setuju. kita sering disogokkan dengan ideologi racist celaka yang bumi ni malas. Diorang tak tau ke yang bumi ni antara peniaga paling jujur dan beretika di Malaysia. I am malay, and im proud of it.

Reply
avatar