Cara Pantas Hilangkan Panau

08:14 1 Comments A+ a-

kaki makan air, panau di tetek, kurap di kemaluan, ubat kurap

Panau adalah sejenis penyakit kulit di mana ia membuatkan kulit anda nampak teruk. Namun, ia tidaklah menyakitkan. Jika terkena pada muka atau pada bahagian badan yang terdedah pada pandangan orang lain, ia boleh menganggu ketrampilan diri anda.

Berikut adalah cara – cara hendak hilangkan panau.

Makan Pil Antibiotik (Cara Paling Pantas)

Punca kepada panau adalah kerana fungus. Jadi, untuk hilangkan panau, anda perlu makan pil anti-fungus. Anda boleh beli pil tersebut di farmasi atau dapatkan ubat yang sesuai apabila bertemu dengan doktor nanti.

Beli sabun khas untuk panau ( Ke-2 terpantas)

Dapatkan sabun anti panau daripada farmasi dan tenyeh sabun tersebut pada bahagian kulit yang terkena panau.

Petua tradisional

Ambil dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Tumbuk ia bersama – sama. Kemudian sapu ia pada bahagian kulit yang terkena panau. Selepas beberapa minit, bilaskan ia dengan air.Lihat hasilnya selepas beberapa hari.

Ambil sepotong bawang putih dan tenyehkan ia pada bahagian badan yang terkena panau sehingga kulit anda rasa perit dan berwarna merah. Lakukannya dari semasa ke semasa sehingga panau anda beransur hilang.

Ambil air lengkuas dan sapukan pada bahagian badan yang terkena panau.

Ambil  daun pinang, tumbuk ia sehingga lumat dan sapukan ia pada tompok panau.

Ambil daun belimbing, tumbuk ia sehingga lumat. Campurkan daun belimbing yang telah lumat itu dengan asam jawa dan sedikit beras. Tampalkan ramuan pada tompok panau. Lakukannya pada setiap hari sehingga panau beransur hilang.

Jika anda biarkan panau pada badan anda, ia akan terus membiak pada bahagian kulit yang lain. Oleh itu, apabila anda terlihat panau  berada pada kulit anda, cegah ia secepat mungkin.