Kenapa Saya Tukar Line Postpaid Dari Maxis Ke Digi ?

01:46 3 Comments A+ a-


Salam Guys. Pada hari ini kita ditawarkan dengan pelbagai  pelan internet dan panggilan yang murah. Mungkin ramai yang tercari-cari pelan data dan panggilan murah di Malaysia. Baru-baru ini aku telah mengambil keputusan untuk bertukar dari line Maxis ke Altel. tapi apakan daya, Altel masih belum ada postpaid, so aku decide tukar ke Digi lah. Sebagai makluman penukaran line telefon ini boleh dilakukan tanpa menukar nombor telefon. 

Cara-cara untuk membuat penukaran ini ialah pergi ke Pusat servis atau dealer Digi yang berhampiran dan pilih pelan yang dikehendaki. Dealer akan suruh isi borang berkaitan dan nombor telefon yang digunakan sekarang. Dalam masa lebih kurang 3 hari, line yang digunakan sekarang akan diactivated dan sim kad Digi baru boleh terus digunakan.

Setelah 10 tahun, maxis hanya tinggal kenangan

Sebab-sebab utama aku ingin bertukar dari line maxis yang aku gunakan dahulu adalah:

1. Dari segi harga, line Maxis agak mahal & hidden caj tidak munasabah. Sebagai contoh, aku ambik plan RM78 (200 minit free call ke suma talian + 1GB internet) tapi bil yang dapat sampai  RM130. Apa Kes Bro? Better aku tukar ke Digi. RM45 dapat internet 2GB & 100 minit free call ke semua talian.

2. Bosan jugak dengan maxis ni, coverage kadang-kala x memuaskan lebih kurang sama macam digi je. Lebih baik guna Digi terus kalau camtu.

3. Nak tukar angin. Sebab aku dah guna Maxis sejak 2004, Dah 10 tahun Bro!!

Pada yang nak beralih arah pada line telefon yang sedang digunakan, aku kongsikan beberapa tipslah,

1. Pilih Line telefon yang banyak coverage di tempat anda bekerja, bersekolah, belajar atau kampung sebab anda akan banyak menghabiskan masa disitu.Boleh check di internet atau service centre terdekat. X guna pilih yang murah tapi xde coverage.

2. Pilih line telefon mengikut majoriti orang yang selalu berhubung dengan anda. .

3. Pilih pelan postpaid yang senang bayar guna online banking

4. Yang terakhir sekali, pilih yang murah ler......



Harap2, ALTEL akan buat pelan untuk postpaid pulak lepas ni. Actually Altel murah dan laju. X sabar nak guna postpaid Altel. Boleh support usahawan muslim kita, Syed Mokhtar Al-bukhary (pemilik Altel).


Sekian saja perkongsian untuk hari ni. Terima kasih sudi baca.

babai!!!



3 comments

Write comments
joe
AUTHOR
4 January 2015 at 00:56 delete

salam

tuan... tapak sim kad Digi yang hitam dalam gambar tu ada lagi tak...

saya nak beli boleh... tapak tu je.. bukan sim kad...

whatsapp 0197802450

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
4 January 2015 at 17:50 delete

Purpose nak tapak tu utk apa ya?

Reply
avatar
Syahir A.
AUTHOR
14 May 2015 at 20:32 delete

Salam tuan.. Ada bayaran apa-2 tak untuk tukar line ni? sy pun pengguna maxis dah 10 tahun

Reply
avatar