Peserta Imam Muda Musim Ke-2
Berikut disenaraikan biodata ringkas peserta imam muda musim ke-dua terbitan Astro Oasis 
IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali seorang  yang peramah dan berjiwa seni. Bergelar seorang Guru KAFA tidak  menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock. IM Ali adalah  anak ke 13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. IM Ali juga seorang  pelukis kartun dan 'hair stylist'  lelaki 
 IM Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. IM Amar masih bergelar  seorang mahasiswa. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej  dengan melakukan aktiviti bersukan. IM Amar suka bermain video. IM Amar  juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang.  Seorang yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada. 
 Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Biaraun masih muda, anak  jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum  ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'.  Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog.  Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.
IM Fadli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. IM Fadli merupakan  satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa  yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari  internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu IM Fadli suka  menonton TV. 
IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. IM Fakhrul adalah seorang Imam di  tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa.  IM Fakhrul suka memancing dan menonton filem. IM Fakhrul adalah lulusan  dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen. 
IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang  peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje  topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai  seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah  sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.
IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. IM Hassan adalah  seorang Pensyarah. Di waktu lapang IM Hassan suka keluar bercuti dan  melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi  selepas mengenalinya ternyata IM Hassan seorang yang peramah dan suka  berkongsi ilmu.
 IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati  kota metropolitan. IM Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam  Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih  lagi menuntut.
 IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini,  salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji  cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. IM Nadji juga  penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat agama  ayahnya seorang Guru Taranum.
IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang  Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama  Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM  Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata  kedua bulan lalu.
source: facebook IM2
p/s: Kapsul Imam Muda 2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga   Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April),   Medan IM2 (Jumaat, 9 malam). 


 
 







 
1 comments:
Write commentsmuke2 semua layak jadi imam. ehem, boleh cari bakal2 suami. :P
Reply