Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Download Drama Stanza Cinta TV3


DOWNLOAD DRAMA STANZA CINTA

Drama Stanza Cinta Episode 1   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 2   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 3   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 4   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 5   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 6   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 7   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 8   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 9   = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 10 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 11 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 12 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 13 = DOWNLOAD (TAMAT)
Kredit: kepalabergetar, jiwang.org

Pelakon Utama : Aaron Aziz (Irfan Ikmal), Nur Fathia (Amni Sorfina), Fizz Fairuzz (Taufiq Imran)SINOPSIS DRAMA STANZA CINTA (TV3) 
Drama bertema keagamaan adaptasi dari Novel Stanza Cinta Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)… berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?

Amni merupakan seorang gadis miskin yang bergantung harap kepada wang bantuan PTPTN sahaja. Maka, kemana sahaja dia pergi bekalan roti sentiasa ada di dalam begnya. Auni, seorang perempuan tomboi yang menyedari kesusahan hidup Amni mula melemparkan kemewahan kepadanya bagi mendapatkan perhatian. Auni menyimpan rahsia besar mengenai cinta lesbiannya terhadap Amni. Oleh sebab itu, segala pergerakan Amni dikawalnya tanpa disedari.

seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutu*kan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutu*kan doanya untuk kehidupanku, aku membutu*kan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutu*kan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


Keranamu Laila - Drama TV3 Slot Zehra

Trailer Keranamu Laila

Slot Zehra bertajuk Keranamu Laila telah mula ditayangkan. Drama dengan 13 episod ni arahan Haykal Hanifah. Para pelakon dalam drama Keranamu Laila ni ialah Norman Hakim, Juhara Ayob ( lama tak tgk lakonan dia ni kat tv), Mandy Chong, Shahrul Nizam, Wan Elyas dan pelakon baru Ixara Aishah.

Sinopsis Keranamu Laila:
Mengisahkan konflik hidup Tan May Ling (May), wanita naif yang dirundung malang setelah dikhianati dan ditinggalkan suaminya. Hidup May bagaikan pusingan roda. Dia yang berasal daripada sebuah keluarga yang berada telah jatuh cinta dengan pekerja ayahnya, Fendi, namun ketika mereka sedang diulit bahagia, May menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki yang disangka musuh papanya. Apa yang berlaku telah memberi tamparan yang hebat pada May, namun Alex mampu menarik nafas lega apabila Fendi menyuarakan kesanggupannya untuk mengahwini May. May kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah.

Namun, kebahagiaan yang dimpikan oleh May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi mula meragui kandungan May. Fendi menganggap kandungan May bukan anaknya, sebaliknya hasil haram dari kejadian rogol tempoh hari. Fendi mendesak May untuk menggugurkan kandungan namun May enggan. Hubungan mereka mula berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui yang anak di dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua. Kamal mengakui kononnya dia dan May adalah pasangan kekasih. Fendi rasa tercabar dan bertindak meninggalkan May ketika dia sedang sarat mengandung.

Rupa-rupanya, Fendi telah mengatur segalanya dan hanya mempergunakan May sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Tauke Alex, ayah May yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu yang Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. May nekad meninggalkan bayi di hadapan rumah Fendi kerana dia tidak mampu menyara anaknya, Laila. Walaupun Laila dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh isteri Fendi, Mazni, namun dia tidak dapat memaafkan ibu kandung yang sanggup membuang anaknya sendiri.

Masa telah berlalu dan kini, May menyara diri dengan hasil yang diperolehi dengan mengutip tin-tin kosong dan barang terpakai lain di lorong-lorong. May menerima simpati daripada seorang pemuda, Qayyum yang berkerja secara sambilan di sebuah cafe. Qayyum sering menyimpan tin-tin kosong untuk diserahkan kepada May. Setiap kali terdengar laungan azan dari masjid berdekatan, May tertarik mendengarnya. May merahsiakan pegangan agama daripada pengetahuan kawannya, Salimah kerana dia berasa malu pada dirinya yang jahil tentang agama Islam.

Fendi pula telah berjaya dalam perniagaannya setelah menerima sejumlah wang daripada Tauke Alex. Di sebalik aktiviti amal yang rancak dijalankan, Fendi sebenarnya mengharapkan penganugerahan pangkat dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Fendi juga pandai menyembunyikan hubungannya bersama May daripada pengetahuan isterinya, Mazni. Mazni hanya mengenali May sebagai anak Tauke Alex yang telah menghilangkan diri selepas tragedi keluarganya.

Laila yang kini dewasa mengharapkan cinta daripada Qayyum tetapi Qayyum hanya menganggapnya sebagai kawan. Laila mula kecil hati dengan May kerana Qayyum lebih memberikan perhatian kepadanya. Apa yang Laila tidak tahu ialah May sebenarnya merupakan ibu kandungnya. May pula telah membuka hatinya kepada Allah dan mula mempelajari agama Islam daripada Salimah. May sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan anaknya suatu hari nanti tanpa mengetahui Laila ialah bayi yang ditinggalkan olehnya. Rahsia yang terpendam bertahun lamanya kini akan terbongkar apabila Fendi bertemu semula dengan May. Dapatkah Laila memaafkan dan menerima May sebagai seorang ibu? Apakah yang akan terjadi kepada Fendi, May dan Mazni? Adakah Qayyum akan menerima cinta Laila?

Jangan lupa untuk menyaksikan suka duka kehidupan seorang wanita muallaf yang terabai dan kisah sedih gadis muda naif yang hanya inginkan kasih sayang di dalam KERANAMU LAILA di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 8 April 2011

source:nurizspace