Showing posts with label ilmuwan Islam. Show all posts
Showing posts with label ilmuwan Islam. Show all posts

Ibnu Sina, Tokoh Perubatan Islam

avicenne, avicenne, ibn sina, ibnu sina, ilmuwan islam, tokoh perubatan, doktor

Ibnu Sina atau  dikenali juga sebagai Avicenna oleh orientalis barat adalah tokoh perubatan Islam yang teragung. Beliau dilahirkan di Afshinah, Bukhara (Turkistan) pada tahun 980 Masihi. Ketika berusia 17 tahun, beliau telah mampu mengubati Raja Samanid dari Bukhara.

Ibnu Sina adalah intelektual Islam terbesar pada abad pertengahan. Dalam masa yang sama, beliau merupakan tokoh terbilang untuk semua zaman. Sehingga kini namanya tercatat dalam sejarah sebagai tenaga perubatan terulung Islam. Dalam sejarah perubatannya, Ibnu Sina juga berjaya mengubati penyakit dalam perut yang dialami oleh pepimpin di Hamadan, Samsud Dawlah. Kemudian beliau menulis ilmu kedoktorannya dalam kitab yang beliau namakan "Alqaunun Fit Tib".

Ketika berusia 10 tahun, Ibnu Sina telah mampu menghafaz al-Quran. Dari kitab suci inilah beliau menggali pelbagai ilmu pengetahuan, perubatan dan kedoktorannya. Apabila ayahnya meninggal dunia, Ibnu Sina berhijrah ke Kota Gorgan. Raja Kwarizim yang memerintah kota itu telah mengiktiraf Ibnu Sina. Dari sinilah sejarah perubatan dan kebudayaan yang dipeloporinya berkembang dengan begitu cergas.

Karya-karya utama Ibnu Sina yang terkenal sehingga kini ialah "Asy-Sifa", "An-Najat" dan "AI-Magest". Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 1037 Masihi ketika berusia 57 tahun.

source: Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

AI-Khawarizmi Pakar Matematik


Muhammad bin Musa dilahirkan di Khawarizmi pada tahun 780 Masihi. Beliau lebih dikenali sebagai AI-Khawarizmi sempena tempat kelahirannya. AI-Khawarizmi terkenal sebagai ahli astronomi dan ahli matematik Islam hingga mendapat perhatian pemerintah AI-Makmun ketika itu.

Kepakaran AI-Khawarizmi telah meninggalkan kesan yang sungguh besar dalam lembaran sejarah. Hasil matematiknya sangat berbeza di bidang hitung kuno mahupun algebra dan menjadi sumber rujukan utama daripada pelbagai pihak. Antara ahli matematik yang mengikut pengaruhnya ialah Umar Khayam, Leonardo Fibonacci dari Pisa dan Jacob dari Florence.

Sistem nombor yang digunakan hingga sekarang juga adalah hasil peloporan Al- Khawarizmi. la telah ditulis dalam sebuah buku yang  kemudiannya telah disalin ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boncopagni, Rom pada tahun 1857. Buku ini diberi tajuk "Trattai d' Arithmetica".

Al -Khawarizmi juga telah mengarang sebuah buku bertajuk "Mafatih al-Ulum" (Keys of Science)  pada tahun 976 Masihi. Dalam buku ini, beliau memperkatakan tentang angka sifar. Sebelum itu, semua pihak menulis angka sifar dalam bentuk titik. Titik ini kemudiannya berubah kepada sifar setelah dikaji oleh AI-Khawarizmi. Buku beliau lain yang teragung ialah”Hisab al-Jabr Wai Muqabia" yang menjelaskan sistem kuadrat dan "AI-Rukhama" tentang kiraan waktu melalui bayangan matahari.



Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

Al-Razi Tokoh Kedoktoran Islam


AI-Razi adalah tokoh kedoktoran yang ternama. Al-Razi dilahirkan di Rayy berhampiran bandar Taheran pada tahun 865 Masihi, nama sebenarnya ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria bin AI-Razi. Beliau lebih dikenali sebagai Rhazes di dunia barat.  AI-Razi mempelajari ilmu perubatan, matematik, falsafah dan astronomi di Baghdad. Ketika berada di kota berkenaan, AI-Razi seringkali mengunjungi Rumah Sakit Muqtadari. Di sinilah dasar-dasar teknikal ilmu perubatan dipelajarinya.

AI-Razi sangat banyak membaca. Dari pembacaannya, beliau memperolehi pelbagai pengetahuan termasuk ilmu kimia. Dalam usia yang amat muda, beliau telah dikenali sebagai ahli kimia. Akhirnya, dengan kebijaksanaan tersebut, beliau diberi kepercayaan mentadbir Rumah Sakit di Rayy.

AI-Razi bertugas sebagai doktor terkemuka selama 35 tahun. Jasa-jasanya di bidang perubatan Islam tidak ternilai. Selain daripada itu, beliau juga turut menulis lebih kurang 200 buah buku perubatan.Bukunya yang paling terkenal ialah "Al-Judari-Wal Hasbah".

Buku ini menerangkan tentang penyakit cacar dan campak dan sehingga kini menjadi rujukan para pengkaji dan pelaksana ilmu kedoktoran. la telah diterjemah ke dalam bahasa Latin di Venesia pada tahun 1489, diterbitkan di Basle pada 1549, di London pada 1747 dan di Gottingen pada 1781. Sememangnya AI-Razi, seorang cendekiawan ilmu perubatan Islam, terulung di dunia.

Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.


Sumbangan Amir Kushrou Kepada Dunia Muzik Islam

Amir Kushrou adalah seorang pemuzik Islam tulen yang dapat memperagakan bidang itu mengikut lunas-lunas Islam. Dilahirkan pada 1253 Masihi di Patiali, India.Beliau hidup sezaman dengan Alauddin Khilji dan penguasa Islam yang amat berminat kepada seni muzik. Di samping Kushrou, seniman Islam lain yang hidup sezaman dengannya ialah Tan Sen yang hidup di Istana Agung Mughal (Jahangir Khan). Beliau mempelajari seni muzik semasa berusia tujuh tahun. Anak muda ini ternyata amat meminati bidang muzik dan seni puisi.

Beliau berhasil menguasai  pelbagai bidang seni puisi dan muzik semasa umurnya baru 15 tahun. Gurunya yang paling terkenal iaiah Hazrat Khwaja Nizarnuddin Aulia, seorang wali yang sangat terkenal di New Delhi. Guru inilah yang telah memberikannya tarikat untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui seni dan muzik.

Apabila Hazrat  meninggal dunia. Amir Kushrou berasa sangat sedih lalu sewaktu menziarahi kubur gurunya dia  berseru: "Oh Tuhan, matahari telah terbenam tetapi Kushrou masih tetap hidup". Kemudian beliau hidup menyendiri sebelum meninggal dunia enam tahun kemudiannya.

Apa yang dikagumi, Amir Kushrou telah meninggalkan lebih setengah juta sajak dalam 92 buah buku sebelum dipanggil oleh llahi. Kebanyakan sajaknya dikarang dalam bahasa Hindi dan Parsi. Seorang yang bernama Mirza Baysunqur pernah mengumpulkan 120 000 sajak kepunyaan Amir Kushrou dan kemudian ditemukan 2000 lagi  sajak dari tokoh yang sama.

Dalam seni muzik pula, Amir Kushrou lah orang yang telah mencipta alat khiyal, kaul kalbana, gahza dan tarana. Seorang profesor dari Barat, Dr. Renade dalam bukunya "Indian Music" mendedahkan bahawa pemimpin kafir, Devagiri memeluk Islam kerana wujudnya dunia muzik Islam.


Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

Sumbangan Sulaiman al-Mahiri Pada Dunia Pelayaran

Sulaiman al-Mahiri merupakan Bapa Pelayaran Islam. Beliau menyambung  kesinambungan pelayar  agung sebelumnya iaitu Ibnu Majid. Sulaiman al-Mahiri telah menjalani hidup pada pertengahan abad ke-16 masihi. Beliau berbangsa Mahara yang hidup di daerah selatan Semenanjung Tanah Arab.

Menurut seorang antropologi Afrika Selatan, Dr. Jefferys, orang pertama yang menjumpai  Amerika Syarikat ialah Bangsa Arab. Kata beliau, orang Arab telah menjumpai Benua Amerika 500 tahun sebelum penemuan oleh Christopher Columbus. Ini sekaligus menolak dakwaan yang kononnya Christoper Columbus adalah manusia pertama yang menjumpai Benua Amerika.

Sulaiman al-Mahiri mencatat pelayaran pertama bermula dari samudera India. Kemudian melewati samudera Pasifik, Selat Bering, Laut Antartika, Atlantik termasuk Laut Tengah sehingga melewati Selat Gibraltar.Dalam satu pelayaran yang lain, tokoh pelayaran Islam terkemuka ini juga belayar dari laut India menyeberangi Laut Abysinia, Terusan Mozambik dan melewati Tanjung Harapan serta Laut Atlantik. Kemudian Sulaiman al-Mahiri memasuki laut tengah sehingga ke Selat Gibraltar.

Sebaik sahaja selesai melakukan pelayarannya, Sulaiman al-Mahiri menulis keterangan beharga tentang pelayarannya. Beliau turut menyebut tentang pentingnya ilmu nautika, ilmu bintang, ilmu planet, jalur pelayaran, angin dan sebagainya. Antara bukunya yang terkenal ialah “Kiladat al-Shumus wa-Stikhraj Kawalid al-Usus”. Buku ini telah digunakan oleh beberapa ahli pelayaran selepasnya. Buku keduanya yang juga menjadi rujukan ahli-ahli pelayaran berjudul “Tahfat al-Fuhul”. Buku ini memperkatakan tentang pengetahuan astronomi dan batu nautika, soal bumi dan bintang-bintang. Pelayaran di laut dan seni navigasi turut menjadi catatannya di dalam buku ini.

Sulaiman al-mahiri juga menulis buku yang berjudul “al-Umat al-Mahriya Fi Dabt al-Ulum al-Nahriya”. Buku ini menceritakan tentang jarak bintang Garisan Khatulistiwa, nama bintang-bintang, pelayaran laut dari pantai barat dan timur di Tanjung Camorn, jalur pelayaran ke Hijaz dan Pantai Selatan Arab. Beliau juga pernah mencatatkan sejarah kehadirannya di Barat Laut India, Pantai Timur Afrika, India dan Malaya (Malaysia)

Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.


Kisah Al-Jazari Si Pencipta Robot


Al-Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik. Nama penuh beliau adalah Abu al-Ismail Bin al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136 Masihi . Gelaran al-Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau, iaitu di Al-Jazira.

Kisah kehebatan al-Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya sendiri mengesan bakat al-Jazari di sebuah Ladang kurma milik keluarga mereka.  Memang sudah menjadi rutin, untuk al-Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada kelapangan. Sewaktu al-jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal yang diciptanya sendiri menggunakan buluh dan serangga.
Datuknya terpegun melihat cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah mini model mekanikal yang berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan mini model itu nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya mengerti yang al-Jazari sedang  mengkaji dan mencipta  setiap gerakan mekanikal.

Rupa-rupanya tindakan al-Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang di senangi  oleh bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan al-jazari itu suatu perkara yang sia-sia. Namun si datuk yang lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa al-Jazari, “kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang sedang dikaji oleh anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa Bin Shakhir pada zaman khalifah Harun al- Rashid. Mereka menterjemah buku-buku Yunani dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal bagi menggerakkan benda. Mereka membukukan gambar rajah dan maklumat mengenai cara-cara menggerakkannya. Antaranya ialah kincir air dan takal. Dengan ilmu mekanikal ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota”. Terdiam bapa al-Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu.

al-Jazari

Peristiwa di ladang kurma itu memberikan impak yang besar pada diri al-Jazari. Keinginan untuk mendalami ilmu mekanikal semakin membuak-buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama.

Hasil dari kajian dan penyelidikan  secara terperinci, al-Jazari telah menulis dua buah buku. Kitab ‘Fi Marifatil Hiyal al-Handasiyyah’ iaitu buku Perkakas Mekanikal Pintar dan “kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” iaitu pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal.


Bukunya dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia di tambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab-kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci. Ini kerana para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal. Al-jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bark, tenggara Turki.

Sumbangan
Walaupun nama al-Jazari cuba dipadam dari dunia kejuruteraan mekanikal dan robotik oleh orientalis barat, namun sumbangannya yang begitu besar dalam bidang ini masih dapat dihidu apabila kumpulan dokumentari dari USA History Channel yang membuat kajian tentang alat ciptaan al-Jazari. Rancangan dokumentari tersebut  pernah disiarkan di USA pada awal tahun 2007.

 Roda Air Bergear
Technical Specification 

Sistem gear pertama dicipta Al-Jazari merupakan sistem gear pertama yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem tali air Al Jazari dikenali sebagai pam penyedut hidraulik pertama kali digunakan. Agak malang sistem gear dan hidraulik diperkenalkan oleh Al Jazari tidak diberikan pengiktirafan dalam dunia kejuruteraan sebagaimana beberapa orang saintis seperti Sir Isaac Newton dan Leonardo da Vinci, sedangkan mereka hanya menyumbang teori sahaja . Al-Jazari membina sistem bekalan airnya itu 200 tahun sebelum Leonardo da Vinci dilahirkan. Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (1452-1519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dan dianggap sebagai orang pertama mencipta dan menggunakan gear hidraulik dan mekanikal.  

 Jam Gajah
Antara ciptaan lain Al-Jazari yang popular ialah jam gajah iaitu sebuah jam automatik pertama yang digerakan dengan menggunakan kuasa air. Ia telah dapat menunjukkan waktu dengan tepat mengambil kira masa yang tidak sama bagai setiap hari dalam setahun. Jamnya itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.

Else
Al Jazari juga berminat dengan hal-hal kesenian. Ini kelihatan dari beberapa ciptaan lainnya seperti ‘sampan berlagu’. Keseluruhannya al-Jazari telah mencipta dan membina 50 buah peralatan yang berfungsi. Kaedah dan berbagai prinsip yang digunapakainya itu telah digunakan dalam pembangunan teknologi baru termasuk yang terdapat dalam kereta mahu pun di kilang-kilang pembinaan.

Rujukan:
1)Glob Dunia Untuk Raja Sicily- Luqman Ghazzi, PTS Islamika Sdn. Bhd.