Ijazah Kedoktoran Dr. Fazley Palsu - BBC News

04:24 22 Comments A+ a-


Ijazah Kedoktoran Dr. Fazley palsu. Itulah tajuk hangat yang dimainkan oleh blogger-blogger di Malaysia pada hari ini (termasuklah aku). Biar betik? Siapa yang tak kenal dengan Dr. Fazley ni. Beliau pernah diberi jolokan abang asmara kerana lagu hits yang dinyanyikannya "Asmara Ini". Beliau juga merupakan pakar motivasi dan pengacara rancangan bicara siswa.

BBC news melaporkan, Ijazah kedoktoran Dr. Fazley Yaakob yang diperolehi dari  European Business School Cambridge adalah kelayakan  yang tidak diiktiraf. Ini menyebabkan  University of Wales tidak akan menerima mana-mana pelajar dari 
Fazley International College(FICO) yang merupakan kolej yang diuruskan oleh Dr. Fazley, sehinggalah sisatan benar-benar selesai. 

Berikut adalah petikan dari Website BBC News:

"A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows.
A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution.
Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions.
The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised.
The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration.
But both came from a bogus university.
The pop star, who has four hit albums to his name, claimed the qualifications from the European Business School (Cambridge), an offshoot of the Irish International University, which was exposed as a sham by the BBC in 2008"

Walau apa pun yang berlaku, tidak perlulah kita berkiblatkan kepada BBC news kerana media ini sudah lama dilihat mempunyai agenda tersembunyi. Sudah lupakah kita bagaimana Tun Dr. Mahathir dihentam dalam satu program wawancaranya. Nasib baiklah orang tua ni steady je jawab semua soalan pengacara yang kurang ajar tu. Huh!!  Adakah kemasyuran yang dikecapi Dr. Fazley pada hari ini akan lenyap dalam sekelip mata, jika apa yang dilaporkan BBC ini adalah benar? Teringat pesanan Cikgu Zaini sewaktu aku di tingkatan 3, "hidup seperti roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah".

Diharapkan agar Dr. Fazley dapat memberi penjelasan terhadap spekulasi yang menimpa dirinya. Diharapkan juga agar masyarakat dapat menunggu hasil siasatan dengan penuh sabar.


source:BBC News
P/s: Kecewa juga jika apa yang dikabarkan benar belaka..

22 comments

Write comments
azrul adnan
AUTHOR
10 November 2010 at 07:27 delete

actually..dari dulu lagi aku dh musykil..dulu aku pernah tanya tuan kamal..adakah PhD Fazley jgak x di iktiraf..dia just jwb maybe ya..huhu
tapi aku tahu seorg pkr motivasi kt malaysia ni gelaran Dr..PhD n Dr dia memang x diiktiraf..huhu..sumber tuan kamal.. =)

Reply
avatar
10 November 2010 at 07:37 delete

@azrul adnan Bukan ko ke yg obses sgt dgn dia? sampai x sabar2 nak beli kamus Besta waktu sem 1 ari tu.. hehe..

Reply
avatar
Bintun Sazali
AUTHOR
10 November 2010 at 07:41 delete

harap2nya tak betul la brita BBC tu...huhu...

sy pon bakal kecewa jugak nanti!!!..huuu~

cz suka dgr motivasi pg kat IKIM, bulan Nov ni....:(

Reply
avatar
Nailah Azman
AUTHOR
10 November 2010 at 07:48 delete

kesian dekat students college dia lah !
mesti students die sumer tak senang duduk skrg ni !

Reply
avatar
Hidayah Adam
AUTHOR
10 November 2010 at 07:52 delete

wah ! cerita panas ni! betul ke? terkesima kejap bila tgk tajuk entri kamu. huhu. actually suka cara dia. sebab dia antara artis yang berpelajaran tinggi. harap semua tu adalah kesilapan semata2.

Hukhuk..sy turut bersedih atas berrita yang gempak ni! Harap fazley tabah.

Reply
avatar
jackieKOH
AUTHOR
10 November 2010 at 08:05 delete

ada2 aja dgan isu artis skunk..huhu..

tp harap2 yg ne x betul r..

Entri Terbaru : Aku nak balik rumah!

Reply
avatar
humbleyat
AUTHOR
10 November 2010 at 08:07 delete

ye ker?sedihnya dengar..dr. fazley ni cukup sempurna baik dari segi bakat dan pendidikan..

sayangnya kalau ia benar belaka isk isk...T.T

Reply
avatar
nUR_rOsALiNdA
AUTHOR
10 November 2010 at 08:19 delete

tu la smlm akak baca kat ohbulan...terkejut woooo~adeh~ byk betul penipuan skang

Reply
avatar
Un Phat Lee
AUTHOR
10 November 2010 at 08:37 delete

moga semua itu hanyalah spekulasi semata-mata.

Reply
avatar
10 November 2010 at 09:04 delete

just hope tu hanyalah spekulasi..
huhu..
if betul la..
i really have no idea nk ckp ape

Reply
avatar
azrul adnan
AUTHOR
10 November 2010 at 10:00 delete

http://asyrafhamasaki.blogspot.com/2010/11/kenyataan-balas-dr-fazley-yaakob.html

petikan kata2 fazley

raf:yup memang aku agak obses..sebab kamus tu..bkn sbb dia k..kalau beli kamus tu dia leh geranti aku dpt 4flat x pe gak..haha..
aku memang minat dia..dulu la..skrng dh x minat dah..haha..

Reply
avatar
nama.aku.lynn
AUTHOR
10 November 2010 at 10:23 delete

just nak tunggu dan lihat kesudahan kisah ni..sm ada dia betul atau tidak,sm2 lah kte tggu..^_^

Reply
avatar
alexa yussida
AUTHOR
10 November 2010 at 11:34 delete

BBC tu media yahudi..nak ke die tgk seorg muslim berjaya?ntahla..harap2 xbetol la...kalau betol skalipon,dr.fazley bukannya ajar bnda yg sesat n die sgt bagus dlm bisnes..
xde hak kita nak marah die tp doakan yg terbaik utk dia

Reply
avatar
amirah
AUTHOR
10 November 2010 at 17:45 delete

walau apa pon yg terjadi, fazley tetap di hati..hehe

Reply
avatar
FareedSairi
AUTHOR
10 November 2010 at 18:08 delete

betul atau tidak kenala tunggu sampai habis siasatan. takut terfitnah tak kene tempat. hehehe

Jom Undi Si Tukang Tulis dalam Nescafe Chill Lah Gig Contest

Reply
avatar
NURUL
AUTHOR
10 November 2010 at 22:06 delete

gosip atau benar tak pasti kan?
apa2 pun fazley seorang yg pintar kan?

Reply
avatar
Orange Lover
AUTHOR
10 November 2010 at 22:12 delete

kesian la Dr.Fadzley...huhuhu

Reply
avatar
-sollehahn-
AUTHOR
10 November 2010 at 22:20 delete

uih...isu panas ni...fazley bg penjelasan cepat2

Reply
avatar
ainhany
AUTHOR
11 November 2010 at 01:02 delete

imej fazley tercalar..kecian dia..dlm usha membentuk masyarakat cintakan ilmu dan mmbentuk legasi pendidikan sendiri dia tewas kini..tapi inilah hikmahnya..fazley budak cerdik dan mungkin dia bisa bangun dan terus mencipta PHD yg tepat.. Ayuh Fazley..bgun dan buktikan..anak melayu islam mesti berani!!!!

Reply
avatar
11 November 2010 at 05:14 delete

Fazley Undur Demi Reputasi FIC
Oleh SUHANA MD.YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.

source: kosmoonline

Reply
avatar
Rafhan
AUTHOR
11 November 2010 at 10:47 delete

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu


LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

source: kosmoonline, 10/10/2010

Reply
avatar