Drama Sahara di Slot Samarinda TV3

09:58 2 Comments A+ a-


Sinopsis Drama Sahara :
Drama Sahara slot Samarinda berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat. Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina. Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Waktu Tayangan: Selasa hingga khamis, 10.30 malam, mulai 30 mac 2011 di TV3

source: Drama Melayu

2 comments

Write comments
Niza Romli
AUTHOR
2 April 2011 at 10:03 delete

suka drama ni..x sabar nk tggu mggu dpn. Tapi mencii dgn si Tina tu! ;)

Reply
avatar
chok
AUTHOR
2 April 2011 at 11:59 delete

macam bestt jerr...........

Reply
avatar