Kenapa Tony Blair Baca Al-Quran Setiap Hari ?

02:16 3 Comments A+ a-


Minggu lepas Ustaz Rosli ada memberitahu di dalam kelas pengajian agamanya yang mantan perdana menteri Britain, Tony Blair sekarang nie tengah sibuk dok baca al-Quran setiap hari. Terkejut jugak aku dengar statement macam tu. Yelah, orang non-muslim membaca al-Quran tiap2 hari.So, aku terus search kat internet pasal isu nie. Rupa-rupanya ramai blogger dah tulis pasal isu nie. Agama Islam juga sekarang ini sedang berkembang pesat di  Amerika Syarikat dan Eropah. Ini mungkin disebabkan oleh kesan serangan secara haram kerajaan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Islam Selepas Peristiwa 9/11. Lagi banyak diorang takluk negara Islam, Lagi ramai rakyat diorang yang masuk Islam. Mungkin inilah yang dikatakan rahmat dari Allah s.w.t.

Ok, berikut adalah petikan yang aku cedok dari kelab greenboc....

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama.

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM. "Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif."

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Lauren Booth
Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. –VIVAnews

p/s: mudah-mudahan Allah beri petunjuk untuk si Tony Blair ni, Insyaallah...

3 comments

Write comments
21 July 2011 at 05:39 delete

Penyebaran agama. Indahnya Islam.

Reply
avatar
Mrs Nury
AUTHOR
28 July 2011 at 06:29 delete

Oh gitu ke kisahnya.. menarik..

Nabi SAW adalah TOKOH PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH SEPANJANG ZAMAN. Kalau Raf suka membaca kisah-kisah macam tu, baca buku 100 TOKOH PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH. Buku tu memang best, akak dah baca..

Reply
avatar
Amy Amira
AUTHOR
27 August 2011 at 02:40 delete

mula2 baca mmg terkejut jugk tony blair baca al quran,tp malu lah sy dkt dia,sy ni seminggu sekali je baca al quran,kdg2 x sentuh langsung al quran :( dia baca mungkin ada translate english sekali kan,huh jgn silap faham lagi dah lah tony blur :p

Reply
avatar