Pelajar UMP Mati Lemas di Air Terjun Berkelah

07:10 1 Comments A+ a-


Salam guys. Agak terkejut, apabila  membaca surat khabar online sebentar sahaja tadi, seorang pelajar di universiti aku telah mati lemas di air terjun bekelah dekat gambang. Mangsa, Ang Kent Chin merupakan pelajar tahun satu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti malaysia pahang Kampus Pekan.
Berikut adalah petikan dari akhbar kosmoonline.
01/05/2012 7:17pm
KUANTAN - Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Pahang (UMP) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Air Terjun Bekelah dekat Gambang, hari ini.Mangsa dikenali sebagai Ang Kent Chin, 21, dipercayai lemas kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas memasuki kawasan terbabit lebih kurang pukul 8 pagi. Difahamkan mangsa bersama rakan-rakannya ke kawasan perkelahan itu untuk melakukan aktiviti kegiatan kokurikulum mereka.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya yang menerima panggilan sejurus selepas kejadian itu terpaksa berjalan kaki selama tiga jam ke lokasi kejadian kerana tempat mangsa lemas berada di tingkat atas sekali air terjun terbabit.dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya di sini hari ini. Katanya, kerja-kerja menyelamat kini dihentikan sebentar kerana hujan lebat di tempat kejadian dan sekiranya mangsa belum ditemui sehingga petang ini, operasi akan disambung esok
Salam takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa....

1 comments:

Write comments
Niza Romli
AUTHOR
1 May 2012 at 07:26 delete

takziah untuk keluarga mendiang

Reply
avatar