Limousin Paling Berat di Dunia

16:01 4 Comments A+ a-

 Ruang dalam limousin

LOS ANGELES - Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalam Guinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar, lapor sebuah akhbar semalam. Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar. Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.

"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California. "Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya. Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh. - Agensi

source: kosmoonline

4 comments

Write comments
alexa yussida
AUTHOR
14 January 2011 at 17:25 delete

macam ni pon ade...fuhh penuh la jalan dgn die je sbuah..hehe

Reply
avatar
Radin87
AUTHOR
14 January 2011 at 19:08 delete

pergh.. 21.3m?? panjangnyer~~~

Reply
avatar
analia buyani
AUTHOR
14 January 2011 at 19:54 delete

fuiyooo...x mampu den nak beli..keh3

Reply
avatar
diamuslima
AUTHOR
15 January 2011 at 03:33 delete

waaa.. hebat la.. hehehe

Reply
avatar