UFO datang ke Malaysia?

15:35 4 Comments A+ a-

 UFO yang dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu
KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu. Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.
"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya."Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam. Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.

4 comments

Write comments
17 January 2011 at 18:02 delete

lately dgr banyak kes UFO.
skrg cuti2 melawat bumi kot bagi alien.hehe.

Reply
avatar
Nur Misnan
AUTHOR
17 January 2011 at 21:14 delete

salam rafhan
not imposibble..
teringat cerita lelaki china
yg dikatakan gila berjumpa dgn alien

p.s. arwah atok punya atok punya opah dulu2
pernah didatangani alien
ada bekas enjin terbakar dihalaman rumah
tanah rumah melaka kan besar luas..
tapi ramai tak percaya...

Reply
avatar
Zaiya
AUTHOR
18 January 2011 at 06:06 delete

fuiyooo... ufo singgah je tuh

Reply
avatar